Rabu, 7 Disember 2016

Waktu Terbaik Update Instagram




Waktu Terbaik Update Instagram. Betul ke ada masa tertentu untuk muat naik gambar di Instagram supaya dapat jumlah Likes dan komen yang banyak? Memandangkan Instagram adalah sebuah aplikasi yang boleh diakses menerusi telefon pintar, pengguna boleh semak timeline Instagram di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, waktu bagi pengguna berinteraksi seperti memuatnaik, tekan like dan komen gambar rakan tidak berlaku sepanjang masa.


Menguruskan akaun Instagram memerlukan perancangan teliti lebih lebih lagi bagi mereka yang menjadikan Instagram sebagai salah satu sumber pendapatan. Tidak kira sama ada anda berpengaruh di medial sosial dan sudah sebati dengan "IG review", ataupun anda berniaga di Instagram. Kedua-duanya memerlukan si admin tahu masa yang sesuai supaya gambar yang dimuatnaik dilihat ramai pengikut. 


Jika anda seorang yang sangat mementingkan jumlah likes dan komen, kena baca entri ini sampai habis. 

Waktu Terbaik Update Instagram

Menurut laporan Huffington Post, kaji selidik menunjukkan masa terbaik untuk upload gambar pada Instagram adalah sekitar 2 pagi dan 5 petang. Kenapa?

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Ini kerana jam 5 petang ramai menghabiskan masa dengan internet lebih-lebih lagi sosial media sebelum pulang dari tempat kerja. Selain itu kita sering tidur lewat kerana terlalu leka stalk Instagram rakan dan artis. Mengaku je lah!

Hari dan masa terbaik muat naik gambar Instagram
  • Ahad - 5 pm
  • Isnin - 7 pm & 10 pm
  • Selasa - 3 am & 10 pm 
  • Rabu - 5 pm
  • Khamis - 7 am &11 pm
  • Jumaat - 1 am & 8 pm
  • Sabtu - 12 am & 2 am
Walaubagaimanapun, tidak ada waktu yang benar-benar tepat ini kerana ramai di antara kita sering curi-curi masa untuk semak sosial media ketika waktu berkerja dan di dalam kelas. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu waktu yang paling ramai pengguna berinteraksi di media sosial.


Kalau nak berniaga di IG boleh rujuk link ini, baca, dan download jika berminat. >> IG Kaboom


Terima kasih kerana membaca Waktu Terbaik Update Instagram

11 ulasan: