Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

10

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik? Pernah tak anda mempunyai masalah tidak mempunyai storan komputer atau telefon pintar yang mencukupi untuk menyimpan data dan fail penting? Saya pasti hampir semua pemilik gajet berdepan masalah sama. Ini kerana anda mempunyai terlalu banyak fail, perisian dan apps menyebabkan ruang PC sentiasa penuh.

Fail penting seperti resume, thesis, assignments, bil, dan lain-lain. Mungkin anda ada 5,000 keping gambar tersimpan dalam folder. Dalam ribuan gambar tu ada kenangan masa sekolah, university, gambar wedding, anak baru lahir, ataupun memori ketika bercuti. Selain itu anda sering menggunakan komputer peribadi untuk menyiapkan hal pejabat dan perlu melindungi data syarikat. Atau jika anda kaki movie macam saya, filem-filem favorite terlalu banyak sampai penuh laptop.

Ni baru sikit, masih banyak lagi movies dalam simpanan. Dah nak penuh laptop. Hee!
Membiarkan banyak fail penting dalam komputer tanpa backup diibaratkan seperti bunuh diri! Salah satu sebab kerana ia memperlahankan komputer. Selain itu, anda terdedah kepada risiko kehilangan semua fail jika berlaku kerosakkan komputer secara tiba-tiba atau diserang virus. Jangan ingat perkara seperti ini tak akan berlaku.


Tak perlu padam data kesayangan semata-mata nak beri space kepada fail baru. Kenapa perlu delete jika boleh dipindahkan ke dalam external hard disk? Hard disk merupakan storan tambahan dalam memastikan fail anda sentiasa selamat. Dalam bahasa mudah, ia seperti pendrive tapi dengan storan lebih besar.

Saya akan cuba terangkan kepada anda secara ringkas tapi padat tentang apakah ciri yang perlu ada bagi sebuah hard disk.
Apakah Ciri Hard Disk Terbaik? 


CIRI
MANFAAT
Kapasiti storan
Well, this is the main reason why you need a hard disk after all. Berapa besar ruang penyimpanan yang anda perlukan? Ia bergantung kepada keperluan anda. Jika hanya menyimpan fail 'Word' dan spreasheet, anda mungking tidak memerlukan hard disk bersaiz besar. 250GB atau 320GB sudah mencukupi. 
Portable
Untuk memudahkan ia dibawa ke mana-mana, sebuah hard disk perlulah kecil saiz fizikalnya dan ringan. Ia juga melancarkan kerja anda jika perlu bertukar-tukar komputer.
Kelajuan
Mengambil masa untuk memindahkan data dengan pantas terutama fail multimedia yang berkualiti tinggi dan bersaiz besar. Kalau anda seorang yang tak boleh sabar macam saya, ciri ini teramatlah penting!
Keselamatan
Melindungi data dengan 'password' untuk mengelak hard disk diakses atau dicerobohi oleh orang lain. Selain itu ia boleh menyalin semula data anda jika berlaku sebarang kesulitan.
Tahan lasak
Kalis air, tahan gegaran, fizikal luaran yang boleh melindungi hard disk dari rosak.
Warranty
Pengguna tidak perlu khuatir jika hard disk rosak contohnya tidak dapat diakses. Selagi ia masih under warranty, anda berhak mendapat hard disk baru atau servis secara percuma.
Harga
Harga hard disk semakin murah, terima kasih kepada teknologi storan peyimpanan dunia. Beliau ikut keperluan storan. Lebih besar storan sebuah hard disk, lebih mahal harganya.
Rekaan
Memang benar fungsi dan kualiti lebih penting dari rekaan. Tapi sebagai pengguna mesti kita inginkan gadget yang sedap mata memandang supaya sesuai dipadankan dengan komputer. 

Jenama hard disk terbaik 

Persoalannya, hard drive jenama apa yang mampu memenuhi kehendak anda?  Semua ciri yang saya sebut di atas tu ada pada jenama ADATA. ADATA merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam menawarkan variasi storan peyimpananberkualiti. Khususnya jenis AData HD720 2TB USB3.0.


AData HD720 2TB USB3.0 merupakan antara hard disk terbaik di pasaran kerana ia mempunyai ciri 'wajib ada' yang pengguna inginkan seperti:

AData HD720 
Kapasiti: 2TB | Interface: USB3.0
  • Kapasiti - Lebih besar storan hard disk, lebih banyak fail yang boleh disimpan. Dengan 2TB kapasiti, masalah tak cukup space tiada lagi.
  • Kelajuan - USB 3.0 dengan kelajuan sehingga 5gbps menjadikan pemindahan data bersaiz besar boleh dilakukan dengan pantas.
  • Triple-layer case - Dibina dengan tiga lapisan perlindungan bagi melindungi hard disk dari retak dan renjatan.
  • Kalis air/habuk - Diperakui kalis air, mampu bertahan dalam air sedalam 2 meter selama 120 minit.
  • Tahan lasak - Menjadikan ia tahan retakkan dan tidak pecah jika jatuh dari kedudukan tinggi.
  • Sensor cahaya G-Shock - Teknologi yang melindungi data anda. Ia akan berhenti secara automatik jika berlaku kesulitan ketika pemindahan data dilakukan.

 Harga

Anda boleh dapatkan AData HD720 2TB dengan harga RM446 di portal Lazada. Kita semua tahu yang lazada sentiasa menawarkan harga terendah malah lebih murah dari kedai biasa. Jika anda mencari hard disk yang berkapasiti rendah, saya syorkan AData HV620 1TB USB 3.0 (RM219). Ciri yang yang saya sebut di atas sudah cukup untuk membuktikan yang AData adalah hard disk terbaik.


Banyak lagi variasi storan yang ditawarkan AData. Anda boleh tengok di Lazada menerusi pautan ini http://www.lazada.com.my/adata/

Pada saya membeli hard drive bukan satu pembaziran. Duit boleh dicari, dokumen dan gambar kenangan kalau hilang tak akan ada backup.


Semoga entri ini dapat menjadi rujukan buat anda yang bercadang untuk beli hard disk.

Entri sebelum ini - Kerja dari Rumah dengan iLancee

Terima kasih kerana membaca Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Perkongsian yang menarik sekali mengenai HDD..
    AM juga banyak menggunakan Ex HD ini..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Design harddisk ni pun nampak menarik. Ala-ala transformer pun ada.

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik kan design dia. Minat yang ala-ala military style tu

    ReplyDelete
  4. Wahhh menarik hard disk ni. Kalau jenis tengok movie memang kena ada 1 dalam simpanan

    ReplyDelete
  5. wah. bagus perkongsian ni
    memang tengah cari pun hard disk ni
    thanks for sharing ye

    ReplyDelete
  6. saya tidak pernah nampak model ni....
    suatu hari nanti pasti saya rujuk balik harddisk terbaik

    ReplyDelete
  7. design dia agak ke rockkan....yang fimimin mungkin pilih warna lembut

    ReplyDelete
  8. Skrg byk laptop yg bagi hardisk SSD. Ia tiada lapisan magnet di atas pinggan, tetapi data disimpan pada saling cip memori flash yang mengekalkan data walaupun tidak ada kehadiran power.

    ReplyDelete
  9. menarik gak hd ni. boleh cuba nanti sebab saya pun memang mencari juga hdd ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top