10 Januari 2017

Jadual Liga Super Kelantan 2017


Jadual Liga Super Kelantan 2017. Pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan perlu menarik nafas lega apabila kemelut kewangan yang hampir membuatkan pasukan itu menarik diri dari bertanding adalam Liga M dapat diselesaikan di saat akhir. 

Masalah kewangan yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjaya diselesaikan selepas mendapat tajaan dari RedONE dan Al Hambra Group yang masing-masing memberikan pendahuluan sebanyak RM3 juta. 

Walaupun Tan Sri Annuar Mudsa kekal dengan pendirian untuk tidak menjadi presiden persatuan, beliau tetap ingin melihat Kelantan beraksi dengan menjadi penaja melalui syarikat miliknya iaitu Al Hambra.

Baca: Buat Duit dengan Uber

Selain itu The Red Warriors turut mengurangkan kos sebanyak 40 peratus berbanding tahun lalu dan mempertaruhkan 70 peratus pemain muda pada musim 2017. Kelantan dijadualkan melakukan sepak mula Liga Super pada 20 Januari ini bertemu Melaka United di Stadium Sultan Muhammad ke IV. 

Jadual Liga Super Kelantan 2017

Pusingan pertama:


TARKH
PERLAWANAN
VENUE
21 Jan
Kelantan vs Melaka United
S. Sultan Muhammad IV
27 Jan
PKNS FC vs Kelantan
S. Shah Alam
4 Feb
Kelantan vs JDT
S. Sultan Muhammad IV
11 Feb
Felda United Vs Kelantan
S. Tun Abdul Razak
18 Feb
Kelantan vs Kedah
S. Sultan Muhammad IV
25 Feb
Kelantan vs Selangor
S. Sultan Muhammad IV
1 Mac
Perak vs Kelantan
S. Perak
4 Mac
Kelantan vs T-Team
S. Sultan Muhammad IV
18 Mac
Sarawak vs Kelantan
S. Negeri Kuching
8 Apr
Kelantan vs Pahang
S. Sultan Muhammad IV
15 Apr
Pulau Pinang vs Kelantan
S. Bandaraya P.Pinang
 
Pusingan kedua:


TARKH
PERLAWANAN
VENUE
26 Apr
Kelantan vs P.Pinang
S. Sultan Muhammad IV
6 Mei
Pahang vs Kelantan
S. Darul Makmur
1 Jul
Kelantan vs Sarawak
S. Sultan Muhammad IV
11 Jul
T-Team FC vs Kelantan
S. Sultan Ismail Nasiruddin Shah
15 Jul
Kelantan vs Perak
S. Perak
22 Jul
Selangor vs Kelantan
S. Shah Alam
26 Jul
Kedah vs Kelantan
S. Darul Aman
5 Aug
Kelantan vs Felda United
S. Sultan Muhammad IV
20 Sep
JDT vs Kelantan
S. Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos
20 Sep
Kelantan vs PKNS FC
S. Sultan Muhammad IV
21 Okt
Melaka United vs Kelantan
Stadium Melaka


* Sebarang perubahan tertakluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Entri sebelum ini -

Terima kasih kerana membaca Jadual Liga Super Kelantan 2017

1 ulasan:

  1. nasib baik ada syarikat korporat yang sudi menaja dan membantu meringankan masalah kewangan yang mereka hadapi..

    BalasPadam