Khamis, 12 Januari 2017

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017. Liga Malaysia musim 2017 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan pastinya setiap pasukan telah pun membuat persediaan dari pengurusan pasukan, kemudahan latihan, jurulatih, dan yang paling penting barisan pemain.

Tumpuan semestinya terarah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang melalui musim yang membanggakan pada 2016 dengan merangkul gelaran juara Liga Super dan Piala FA. Meski pun gagal mempertahan kejuaraan Piala AFC, mampu mara ke separuh akhir sudah cukup menggembirakan penyokong.

Skuad JDT masih lagi memburu kejuaraan pada musim ini walaupun kehilangan penyerang berbisa mereka, Jorge Pareyra Diaz, kerana dilaporkan meminta gaji tinggi. Juan Martin Lucero dari Argentina yang dijual kepada kelab Mexico, dan Harris Harun pula dipinjamkan kepada kelab luar negara selama setahun.

pemain JDT 2017

Walaubagaimanapun pasukan kendalian Mario Gomez ini diperkuatkan oleh beberapa pemain import dan tempatan baru untuk bersaing dalam Liga M yang bakal bermula pada 20 Januari ini.

Berikut adalah senarai rasmi pemain yang bakal beraksi bersama JDT musim ini.

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

Penjaga gol
  1. Farizal Marlias
  2. Izham Tarmizi
  3. haziq Nadzli
Pertahanan
  1. Hasbullah Abu Bakar
  2. Marcos Antonio (Brazil)
  3. Aidil Zafuan
  4. S. Kunanlan
  5. Fazly Mazlan
  6. Fadhli Shas
  7. Dominic Tan
  8. Junior Eldstal
  9. Azrif Nasrulhaq
  10. Mahali Jasuli
Baca:  Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

Tengah
  1. Azamuddin Akil
  2. Afiq Fazail
  3. Amirul Hadi Zainal
  4. Safiq Rahim
  5. Gary Steven Robbat
  6. Safawi Rasid
  7. S. Chanturu
  8. R. Gopinathan
  9. Shakir Shaari
  10. Gonzalo Cabrera (Argentina)
Penyerang
  1. Hazwan Bakri
  2. Darren Lok
  3. Shahrul Azwari
  4. Brian Ferreira (Argentina)
  5. Jerónimo Barrales (Argentina)
Entri sebelum ini - Jadual Liga Super Kelantan 2017

Terima kasih kerana membaca Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

9 ulasan:

  1. dah skuad malaysia dah aku tengok.

    haha..

    BalasPadam
  2. mesti terer2 ni

    BalasPadam
  3. Sorang kembar je rupanya yg jadi pemain Johor ek ..... Ingatkan dua dua sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun lepas yang sorang tu dah blah..
      sebelum ni pun sorang tu main JDT II je

      Padam
  4. go JDT go...luaskan kuasamu ;)

    BalasPadam
  5. tengok le musim ni..
    mampu bersaing atau tak.
    pasukan lain pun mula hebat ni

    BalasPadam
  6. i say dah tak sempat nak beli tiket piala sumbangsih, hihihi

    BalasPadam