Khamis, 26 Januari 2017

Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen


Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen. Menyusul selepas 'Saya papa Saya Tak?' yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, sebuah drama bersiri terbaharu bakal menemani malam-malam bertajuk URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN. 

Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd hasil garapan pengarah Michael Ang ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta yang akan ditayangkan pada Februari ini. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD. 


Urusan Hati Cik Drama Queen bakal menampilkan gandingan Scha Alyahya dan Aiman Hakim sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah pelakon dari Indosesia, Randy Pangalila, serta Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, dan Ungku Hariz. 


Sinopsis drama Urusan Hati Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya saling membenci antara satu sam lain, akhirnya menimbulkan bibit cinta.
Biarlah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun kerana Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Dia perlu meluahkan isi hatinya. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. 
Ditaburnya bedak wangi pada surat, tapi renyuk hatinya apabila mengetahui Fadhlan sudah mempunyai kekasih hati. 

Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.


Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang? Muncul pula Nizam yang berambut Kpop.
Entri sebelum ini - Belajar Buat Blog

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

5 ulasan:

  1. td macam tgk dah keluar dah...jarang tgk drama...tp lakonan mantap syca yang bersahaja tu mesti menarik utk ditonton

    BalasPadam
  2. bila la dapat peluang tuk belakon ni. nak gak kaya raya macam pelakon pelakon

    BalasPadam
  3. Aiseh drama "Sayang Papa Saya tak?" dah tamat dah :D

    BalasPadam