Ahad, 19 Februari 2017

Chatime Tukar Nama Kepada Tealive

Chatime Tukar Nama Kepada Tealive. Penggemar minuman berasaskan teh, Chatime, sudah pasti sedar yang francais popular itu kini bergelar TEALIVE. Pemegang francais Malaysia, Loob Holding, mengumumkan Chatime kini melalui proses penjenamaan semula ke atas semua 165 cawangan di negara ini. 

Bagi yang tertanya-tanya kenapa Chatime tukar nama.... Ketua Pegawai Ekskutif Loob Holding, Bryan Loo, menjelaskan syarikat francais induk, La Kaffa, yang beroperasi di Taiwan telah menamatkan kontrak dengan Chatime. Ini kerana Loob Holdings tidak bersetuju dalam hal melibatkan royalti dan penyumberan bahan.

chatime kini tealive
Gambar: World of Buzz
Disebabkan Malaysia antara penyumbang terbesar kira-kira separuh dari 800 cawangan seluruh dunia, Loob Holding akan tetap meneruskan empayar air teh dengan jenama baru. Tealive akan terus menawarkan produk berkuailiti seperti yang mereka lakukan sejak 2008 lagi. 


Loo memberi jaminan TeaLive akan mengekalkan konsep dan rasa air yang sama walaupun telah bertukar nama. Menariknya, mereka tidak lagi terikat dengan minuman berasaskan teh sahaja tetapi bakal memperkenalkan minuman seperti jus dan kopi bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan. 
sumber: Utusan

Jangan pulak nanti nak pergi beli Chatime... Chatime dah takde.  


Terima kasih kerana membaca Chatime Tukar Nama Kepada Tealive

10 ulasan:

  1. Baru tau cerita kenapa tukar nama... sedap juga nama tealive tu :)

    BalasPadam
  2. Ooo bru tahu..rupanya sykt teh..huhu

    BalasPadam
  3. sedapnya...

    siap ada peluh3 air batu!!nyaman!

    BalasPadam
  4. Tak pernah tahu pun chatime dulu tu sebab minuman teh..suami pun ada bagitau chatime dah tukar nama. Dia suka lah minum

    BalasPadam
  5. Rasanya sekali dua je minum Chatime ni... sebab saya coffee lover... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun coffee lover. tapi tealive pun dah ade macam2 jenis coffee!

      Padam
  6. baru tahu nih.. kalau tak memang tak tahu langsung.. serius..

    BalasPadam
  7. aritu pegi ke Tealive, tengok ada macam-macam topping..macam best je..tapi teh dia kurang sikit daripada Chatime kot..

    BalasPadam
  8. Kad ahli cmne..klu ada point n nk redeem mcm mna.

    BalasPadam