26 Februari 2017

Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017


Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017. Filem bertemakan 'Disney Princess' sememangnya tidak pernah mengecewakan. Selepas Maleficient dan Cinderella, dan Enchanted, Walt Disney ingin mengulangi kejayaan itu dengan menerbitkan sebuah lagi filem "live-action' iaitu Beauty And The Beast.

Siapa tidak tahu tetang Beauty and The Beast (BATB)? Sebuah kisah dongeng yang sering kita dengar dan salah satu kartun Disney 'wajib tonton' zaman kanak-kanak. Kini, kisah dongeng itu diadaptasikan kepada filem live-action oleh Disney.

Baca: Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Diarahkan oleh Bill Condon, BATB menampilkan pelakon seperti Emma Watson (Belle), Dan Stevens (Beast), Luke Evans (Gaston), Josh Gad (Le Fou), Iam McKellen (Cogsworth), Emma Thompson (Mrs. Potts), dan Ewan McGregor (Lumiere).

Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017

1. Aktor Ryan Gosling pada asalnya ditawarkan watak Beast, tetapi menolak tawaran itu untuk berlakon dalam filem La La Land. Manakala Emma Watson menolak tawaran La La Land untuk memberi komitmen pada BATB.

2. Ini merupakan filem BATB live action kedua yang diterbitkan dalam masa tiga tahun. Filem pertama berbahasa Perancis iaitu 'Belle et la Bete'.


3. Emma Watson mengikuti kelas nyanyian demi mempersiapkan diri membawa watak Belle, ini kerana filem BATB bertemakan musikal.

4. Dan Stevens pada asalnya perlu memakai makeup untuk watak Beast. Pihak produksi bagaimanapun mengubah fikiran supaya wajah hodoh Beast dilakukan menggunakan teknik CGI sahaja.  


5. Menurut Disney, trailer pertama BATB mendapat 91.8 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini menjadikan ia trailer paling banyak ditonton dalam sejarah perfileman selepas menewaskan trailer Star Wars: The Force Awakens, dan Captain America: Civil War.

6. Ewan McGregor berkata, perkara cabaran utama membawa tak Lumirre ada perlu bertutur dalam loghat Perancis kerana beliau berasal dari Scotland. McGregor berjenaka, loghat Perancisnya dalam filem ini kedengaran seperti Spanish.

Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017
7. Beberapa aktres seperti Lily Collins, Kristen Stewart, Amanda Seyfried, dan Emma Roberts, disenarai pendek sebagai calon yang bakal memegang watak Belle.

8. Emma Watson, Emma Thompson, Ewan McGregor, dan Sir Ia McKellen, keempat-empat pelakon ini membintangi fileam francais paling berjaya di dunia iaitu Harry Potter, Star Wars, The Lord of The Rings, dan X-Men.


9. Ini merupakan filem kelima Disney live-action yang mengangkat tema muzikal selepas Mary Poppins (1964), Into The Woods (2014), Enchanted (2007), dan Cinderella (2015). 

10. Filem ini menjalani penggambaran di dalam studio di tiga bandar berbeza iaitu New York, Ontario, dan Toronto.

Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee

11. Ini merupakan filem Disney kedua Josh Gad, sebelum ini beliau menyumbangkan suaranya untuk watak orang salji, Olaf (Frozen). Secara kebetulan, terdapat babak dalam filem ini di mana watak yang di bawa Gad, Le Fou, perlu menyamar sebagai orang salji.

Josh Gad
sumber: IMDb
Entri sebelum ini - Siapa Kim Jong Nam?

17 ulasan:

  1. Banyaknya fakta menarik yang tak tahu ni

    BalasPadam
  2. Kiranya untuk filem ni, banyak juga barisan pelakon-pelakon yang hebat

    BalasPadam
  3. betullah emma watson yang berlakon ya, tapi belum tengok pun citer ni

    BalasPadam
  4. Saya suka lagu tema filem ni.. Best, nostalgik dan klasik..

    BalasPadam
  5. tak minat sangat dengan cerita pelik begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tunggu dia tayang kat astro je

      Padam
  6. fakta2 untuk tarik penonton menonton cerita ni, waktu kecik2 dulu sukala cerita kartun beauty and the beast tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita disney jadi kegemaran gak dulu2

      Padam
  7. Waduh jadi pengen nonton filem Beauty and The Beast... pasti seruu deh... soalnya aku pernah nonton waktu aku kecil... terima kasih yah artikel bagusnya... sukses selalu yah...

    BalasPadam
  8. Artikelnya oke juga... jadi bikin penasaran... kepengen nonton filemnya, thanks yah info menariknya

    BalasPadam
  9. bolehlah nanti tengok..Logan baru je tengok.

    BalasPadam
  10. Filem wajib tengok ni..setaraf dengan Maleficient

    BalasPadam
  11. Memang filem kesukaan semasa kecil

    BalasPadam
  12. Fakta yang menarik, terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  13. byk fakta mnarik dlm filem ni..

    membuatkan org nk tgk jer..huhu

    BalasPadam