Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan

10

Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan. Tanggapan kerja dari rumah hanya untuk golongan suri rumah dan student sahaja perlu dibuang. Kita telah memasuki tahun 2017 dan sedar akan kos sara hidup semakin meningkat. Faktor ini mendorong banyak pihak untuk berkerja dari rumah demi menambah pendapatan sampingan.

Antara sebab kenapa kerja dari rumah menjadi pilihan adalah kerana lebih bebas dan selesa. Anda boleh pilih untuk menyiapkan kerja mengikut keselesaan. Sama ada selepas waktu pejabat, hujung minggu, atau ketika ada kelapangan, segalanya terpulang pada anda. Asalkan tugasan yang diberikan siap pada tarikh yang client tetapkan.


Ada yang memandang serong terhadap golongan yang kerja dari rumah. Mereka sangka ia adalah 'kerja cikai' dan tidak mendatangkan hasil. You never know if you never try. Kerja dari rumah dah lama dipraktikkan di negara barat kerana terbukti dapat menambah pendapatan. Paling seronok, kebanyakkannya tidak memerlukan modal. Hanya berbekalkan talian internet dan komputer sahaja.

Anda perlu tahu sekarang ni dah banyak sumber kerja part-time dari rumah secara online yang sah dan dijamin mendapat bayaran. Oleh itu dalam entri ni saya kongsikan beberapa sumber boleh mendatangkan hasil termasuklah bayaran dalam USD!

Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan

iLancee

Okay, iLancee ni macam Fiverr versi Malaysia. Ia merupakan platform untuk anda menawarkan servis mengikut kemahiran secara supaya mudah dicari oleh pelanggan. Antara servis yang boleh ditawarkan di iLancee seperti design banner, bina laman web, tulis artikel, dan lain-lain. Upah akan dibayar oleh client sebaik tugasan siap. Saya dah tulis artikel lengkap, anda boleh rujuk entri >> Kerja dari Rumah dengan iLancee.


Jadi seorang blogger

Kalau sebut tentang kerja dari rumah tak akan lengkap tanpa selitkan perkataan 'blogger'. Jika anda masih belum sedar, blog sebenarnya lubuk duit. Bermacam-macam sumber boleh digunakan untuk dapat income dari blog. Lebih banyak sumber lebih banyak yang anda dapat. Lebih seronok kalau ada Google Adsense dan dapat bayaran dalam USD!

kerja dari rumah yang menguntungkan

 Affiliate

Okay yang ni ada kaitan dengan buat blog. Tapi kalau tak mempunyai blog pun tak apa. Caranya daftar di Klikjer atau Agoda, letak banner atau link iklan affiliate. Jika ada orang melakukan pembelian dari link anda sediakan, anda akan dapat komisen. Apa yang best tentang affiliate ni adalah komisennya yang tinggi sehingga mencecah 80 peratus. Affiliate lebih berkesan jika banyak buat promosi dan  hebahan melalui blog.

Contoh komisen Klikjer
Bisnes online

Cari bisnes yang anda rasakan mempunyai potensi dan anda perlu tampil unik berbanding pesaing. Walaupun dah ramai yang menjalankan bisnes seperti jual handbag, tudung, kasut sukan, pakaian bayi, atau jam tangan, cuba cari jalan supaya bisnes anda lain dari yang lain.

Entri sebelum ini - Ulasan A Series of An Unfortunate Events di Netflix

Terima kasih kerana membaca Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan

Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sedang berusaha blogger yang berjaya

    ReplyDelete
  2. student la syok banyak masa boleh buat bisnes online ataupun freelancer ni..bagi yang suka melepak tu memang rugi le

    ReplyDelete
  3. setakat ini memang seronok juga kerja dari rumah. tapi memang kena bijak susun jadual kita

    ReplyDelete
  4. time study ni la syok nak buat pipeline duit online. dah kerja nanti susah nak buat

    ReplyDelete
  5. saya masih ada dua pekerjaan dalam satu masa...offline dan online

    hasil gabungan kerja-kerja ini memboleh saya bekerja hanya di rumah dan diluar rumah

    ReplyDelete
  6. Bukan mudah utk buat 2,3 kerja dalam satu masa..tetapi tak mustahil boleh lakukan pekerjaan hakiki dan kerja dari rumah untuk part time (blogging) mcm saya..huhu

    ReplyDelete
  7. wahhhhh !! saya sangat setuju dengan contest ni ! perkongsian yang sangat2 bermanfaat !! sy sgt2 setujuuu !

    ReplyDelete
  8. Kerja dari rumah lebih membahagiakan, tapi kalau tak disiplin masa, maka derita juga lah! :P

    ReplyDelete
  9. Kerja dari rumah memang syok. Tapi nak lebih indah, usaha dan disiplin pun harus kerassss hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top