Sinopsis Suamiku Paling Sweet di Tv3. Bagi menggantikan Biar Aku Jadi Penunggu yang telah tamat siarannya minggu lalu, Tv3 menyajikan sebuah lagi drama bersiri bagi menghiasi Slot Akasia buat penonton setianya bertajuk SUAMIKU PALING SWEET.
Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah berbakat iaitu Zul Huzami. Manakala skrip digarap oleh Mufid Suhaimi. Melalui Suamiku Paling Sweet ini, penonton bakal menyaksikan gandingan pelakon Syafiq Kyle dan Mawar Rashid serta dibantu oleh Nik Adam Mika, Natasya Mahyan, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud,dan ramai lagi.
Baca: Belajar Buat Blog
Suamiku Paling Sweet telah pun mula bersiaran sejak 13 Feb 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.
Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet
Qisya Iriz, seorang graduan universti terpaksa menjadi pengasuh sementara kepada Hafiey, iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma. Sikap nakal Hafiey menyebabkan pengasuh-pengasuh sebelum ini tidak tahan dan sering bertukar ganti. Namun Qisya menerima kerja itu kerana yakin ia cuma sementara sahaja. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan
berlakunya kekecohan.
Kedua ibu bapa Hafiey terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan menganggap bapa saudaranya, Izz Haikal seperti ayah kandung. Manakala Izz pula terlalu manjakan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati
Izz dan Qisya sering berdebar. Kedua-duanya masih tidak perasan akan perasaan tu hinggalah satu insiden mengubah nasib mereka.
Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal. Qisya yang masih muda dan mempunyai banyak perancangan dimasa hadapan cukup marah dan tidak dapat menerima kenyataan yang beliau akan menjadi isteri Izz. Apatah lagi terpaksa menjadi 'ibu' kepada Hafiey. Dia pernah terfikir, mungkin juga Izz memerangkap dirinya.
Selepas bernikah, Qisya lari meningglkan suaminya dan Izz. Izz pula faham dengan situasi Qisya dan memberi masa dan ruang untuk isterinya mencari ketenangan. Qisya lembut hati
dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey tetapi meletakkan syarat iaitu jangan sesekali mengungkit peristiwa kenapa mereka dinikahkan.
Namun peristiwa itu diungkit kembali. Qisya sekali lagi memberontak dan melarikan diri walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa
perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?
Entri sebelum ini - Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Suamiku Paling Sweet di Tv3
poyo gak tajuk dia nik. huhu
ReplyDeletetulah.. tapi semua tajuk drama melayu poyo sekarang ni. haha
Deleteamaigad..drama adaptasi novel lagi ke..bahaya ni boleh terjebak
ReplyDeleteBoleh tahan la cerita ni
ReplyDeleteLepas ni mana tahu kesinambungannya Isteriku Paling Sweet pula kan :-)
Kalau teringat nak tengok, baru tengok. Sebab tak suka pelakon yang suami Qisha tu. Boleh kan? :P
ReplyDeleteTak taulah kenapa saya tak suka nak tengok cerita yang ada tajuk macam ni.Nampak gedik je walaupun dramatis lelaki tu bagus lakonan dia dalam siri Tanah Kubur.
ReplyDeletewah pastinya sangat bagus jadi pengin nonton
ReplyDelete