Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix

9

Ulasan Siri A Series Of An Unfortunate Events di Netflix. Selepas terjebak dnegan Stranger Things, saya berminat untuk menonton sebuah lagi siri original perkhidmatan penstriman video terkemuka, Netflix, iaitu A Series Of An Unfortunate Event (ASOAUE).

Untuk pengetahuan, ASOAUE merupakan buku kanak-kanak karya Daniel Handler yang menggunakan nama samaran "Lemony Snicket" dan ia mula diterbitkan pada 1999.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

Ini bukan kali pertama ASOAUE diadaptasi, pada 2004 Paramount Picture telah menerbitkan filemnya sehingga memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Best Achievement in Makeup. Kini ia diterbitkan dalam bentuk siri televisyen demi mengambil kesempatan terhadap "golden age of tv" di mana kebanyakkan siri tv Hollywood pada hari ini berbajet besa, tinggi kualiti, dan mendapat sambutan.

Sinopsis A Series Of An Unfortunate Events

Mengisahkan perjalanan hidup anak-anak yatim Baudelaires iaitu Violet (Malina Weissman), Klaus (Louis Hynes), dan Sunny (Presley Smith), selepas ibu bapa mereka mati dalam kebakaran yang turut memusnahkan rumah agam mereka. Disebabkan masih dibawah umur dan tidak mempunyai saudara, mereka terpaksa tinggal bersama rakan ibu bapa mereka. Akan tetapi, adik-beradik Baudelaires perlu lari dari Count Olaf yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengambil mereka sebagai anak angkat dalam misi membolot semua harta pusaka Baudelaires. Pada masa sama mereka membongkar misteri organisasi rahsia.

ulasan siri a series of an unfortunate event
  
Ulasan

Walaupun sering memberi nafas baru terhadap filem-filem lama atau dipanggil 'remake/reboot', cukup tidak adil untuk saya membandingkan siri ini dengan filem terdahulu. Siri ASOAUE arahan Berry Sonnenfeld mempunyai auranya yang tersendiri. Adakah siri ini sama seperti filem? Ya dan tidak.

Biarpun tidak seperti filem yang dibarisi pelakon terkemuka contohnya Jim Carrey, Meryl Streep, Bill Connolly dan Jude Law, siri ASOAUE cukup berani mempertaruhkan pelakon yang tidak terkenal kecuali watak antagonis yang juga teraju utamanya, iaitu Neil Patrick Harris, sebagai Count Olaf.



Pencerita atau narrator siri ini dikemudi oleh Lemony Snicket (Patrick Warburton). Idea produksi meletakkan beliau bercakap dengan kamera dan menjadi sebahagian daripada babak penting tanpa berinteraksi dengan watak cukup genius!

Saya tertarik dengan lagu temanya, oleh kerana ini merupakan cerita malang adik beradik Baudelaires, bait-bait lirik berbunyi: "every single episode is nothing but dismay so look away, look away, look away". Bahkan pada episod pertama Lemony Snicket memberi amaran kepada penonton:
Dear viewers,
If you are interested in a story with a happy ending, that story is streaming elsewhere. This story has no happy ending, no happy beginning, and very few happy things in the middle.
 Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee 

Siri 8 episod yang berdurasi 1 jam setiap episod ini hanya merangkumi 4 daripada 13 buah buku yang ditulis Handler. Tema dan jalan cerita ASOAUE tidak berat dan cukup santai walaupun terselit unsur misteri sewaktu Baudelaires cuba merungkai misteri kematian ibu bapa mereka.


Setiap pelakon memberikan persembahan yang menakjubkan biarpun mereka hanya memegang watak kecil. Kesan CGI, kostum, dan makeup juga menyerlah dah harus diberi pujian.

Klise

Walaubagaimanapun, adakalanya momen kelakar seakan tidak menjadi kerana dialog yang terlalu memaksa penonton untuk ketawa seperti sketsa Saturday Night Live (SNL). Don't get me wrong, I looove SNL! Selain itu, jalan cerita ASOFUE terlalu perlahan dan mirip filem yang diterbitkan pada 2004. Plot menarik hanya mula berkembang pada episod ketiga.


Neil Patrick Harris pula membuktikan beliau seorang pelakon versatile, tetapi tampak sukar untuk menyaingi kehebatan Jim Carrey yang sebelum ini membawa watak Count Olaf dengan jayanya.

#NKSeriesRating

A SERIES OF AN UNFORTUNATE EVENTS
7.5/10

Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia

Terima kasih kerana membaca Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oo kira siri yang sama ke? dulu jim carey berlakon jadi count olaf kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. jim carrey lagi best kot

      Delete
    2. jim carrey sampai kita geram dengan dia. huhu

      Delete
  2. dah lama tak menonton wayang, kalau tengok jalan ceritanya menarik juga ni

    ReplyDelete
  3. yalah kan..cerita yang menarik untuk dilayan kalau ada masa free

    ReplyDelete
  4. menarik cerita yang anak yatim tu, harap2 juga sama menariknya dengan film yang baru ni...

    ReplyDelete
  5. Huh, memang pantang dengar ada movie baru ni.

    Macam best je movie ni.

    ReplyDelete
  6. boleh layan cerita ni,terima kasih untuk ulasannya

    ReplyDelete
  7. Ni version baru ye...tak sabra nak tengok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top