Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus. Filem terbitan Walt Disney, Beauty And The Beast kini telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas diumum akan ditangguhkan tayangannya berikutan mempunyai babak berunsur gay.
Pihak LPF bersetuju untuk meneruskan tayangan filem in ke seluruh negara selepas memotong babak yang mempunyai unsur homoseksual. Kseluruhan babak yang dipotong berdurasi kira-kira empat minit.
Berkaitan: Fakta menarik Beauty And The Beast 2017
Filem live-action yang diadaptasi dari kartun Disney popular itu menerima kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon, memberitahu majalah Attitude bahawa karakter LeFou lakonan Josh Gad ialah seorang gay.
Maka kelam-kabutlah netizen Malaysia bmemberi respon terhadap kenyataan ini dan LPF serta merta mengambil keputusan ntuk menangguhkan tayangan Beauty And The Beast di Malaysia. Ada yang bersetuju filem ini diban di Malaysia dan kehidupan tetap akan diteruskan seperti biasa walaupun tidak menontonnya. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana sebelum ini banyak filem yang berunsur LGBT ditayangkan, lagipun ini adalah filem kanak-kanak dan sudah tentu tidak akan ada babak gay keterlaluan.
Menurut laporan Vulture, babak gay dalam Beauty and The Beast hanya ketika LeFou memeluk Gaston dan sewaktu LeFou mengaku dia tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang lembut hati.Selain itu unsur gay tidak dinyatakan dengan jelas.
Wow....
Bayangkan jika Bill Condon tidak memberitahu yang watak LeFou ialah lelaki gay, filem ini akan ditayangkan tanpa dipotong dan tidak terpalit dengan kontroversi.
Like we haven't seen gay characters in Malay movies/dramas before. Masih ingat drama tentang budak lelaki lembut, 'Sutun'? He fell in love with his handsome senior! Finding Dory even featured a lesbian couple!
TERKINI: Beauty and The Beast akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 30 Mac dan tiada sebarang babak akan dipotong. Akan tetapi filem ini diklasifikasikan sebagai PG13 (di bawah bimbingan ibu bapa).
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem La La Land
Terima kasih kerana membaca Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus
Kadang-kadang pelik dengan Malaysia ni. Paranoid dengan perkara2 kat luar.. tapi yang kat dalam macam rasuah, salah guna kuasa, industri hiburan sendiri buat donno jer
ReplyDeleteada babak keterlaluan potong jelah lagi mahu hebohh..takkanlah sampai kena ban...mcm tak pernah potong je filem ni. hahaha.
ReplyDeleteBest ke cite ni Nik?....
ReplyDeleteEloklah tu, mana yg tak baik eloklah ditapis terlebih dulu.....
Pihak penapisan fiem sila potong je babak yg x berlandasan islam. Bahaya prmikiran bebas ni
ReplyDeletekalau ada babak tak elok wajarlah potong je
ReplyDeletenasib dapat tayang.. takper potong part tu pun takper.. heheheh salam kenal dr www.mamajue.com
ReplyDeleteBaru semalam hubby kata cerita ni kene banned. Baru tahu kenapa. hehehe.
ReplyDeletekena banned lagi bagus..banyak lagi cerita yang lebih bagus untuk ditonton
ReplyDeleteNasib baik tak kena banned sebab eksaited sangat nak tengok movie ni.. haha
ReplyDeletestatus ni win
DeleteFilem-filem Disney ni kebanyakannya family friendly. Jarang diorang nak masukkan unsur-unsur yang di luar norma ni secara obvious.
ReplyDeleteBATB sendiri tak ada scene keterlaluan. Diorang je dramatik.
Deletekalau terlampau sangat tak payah tgk..
ReplyDeletenanti terpengaruh pula anak-anak kita
filem kanak-kanak tak akan ada yg 'terlampau'
DeleteAda baiknya juga dipotong sebab dah terlalu banyak sangat anasir luar yang ditonton oleh golongan muda di Malaysia ni. Dengan drama kita pun yang pelbagai unsur tak sihat. Susah juga nak kontrol
ReplyDeleteironinya drama melayu sendiri banyak scene keterlaluan.
DeleteSetuju dengan Nik Khazami.
DeleteFilem KL Gangster banyak aksi ganas dan ada babak rogol. Bukan saja tak kena potong dan banned. Malah diaggungkan. Sama seperti ombak rindu, dimana anak gadis dijual dan dijadikan bahan pemuas nafsu orang tak potong.
Bukan filem " Ular " yg ada Izzue Islam tu pun ada pasangan gay ke?
Kenapa lepas standard?
haa tetiba teringat filem tu (ular)
Deleteharapnya LPF juga memandang serius babak yang tidak sesuai dalam filem Malaysia..
ReplyDeleteBest ke ceritanya?
ReplyDeletebest kot. rating tinggi
DeleteNak tengok lakonan emma watson saja.
ReplyDeletePasal isu gay tu masing-masing boleh fikir.
Kalau tak boleh fikir, sila meninggal lol