Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

22

Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus. Filem terbitan Walt Disney, Beauty And The Beast kini telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas diumum akan ditangguhkan tayangannya berikutan mempunyai babak berunsur gay.

Pihak LPF bersetuju untuk meneruskan tayangan filem in ke seluruh negara selepas memotong babak yang mempunyai unsur homoseksual. Kseluruhan babak yang dipotong berdurasi kira-kira empat minit.

Berkaitan: Fakta menarik Beauty And The Beast 2017

Filem live-action yang diadaptasi dari kartun Disney popular itu menerima kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon, memberitahu majalah Attitude bahawa karakter LeFou lakonan Josh Gad ialah seorang gay.

Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

Maka kelam-kabutlah netizen Malaysia bmemberi respon terhadap kenyataan ini dan LPF serta merta mengambil keputusan ntuk menangguhkan tayangan Beauty And The Beast di Malaysia. Ada yang bersetuju filem ini diban di Malaysia dan kehidupan tetap akan diteruskan seperti biasa walaupun tidak menontonnya. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana sebelum ini banyak filem yang berunsur LGBT ditayangkan, lagipun ini adalah filem kanak-kanak dan sudah tentu tidak akan ada babak gay keterlaluan.

Menurut laporan Vulture, babak gay dalam Beauty and The Beast hanya ketika LeFou memeluk Gaston dan sewaktu LeFou mengaku dia tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang lembut hati.Selain itu unsur gay tidak dinyatakan dengan jelas.

Wow....

Bayangkan jika Bill Condon tidak memberitahu yang watak LeFou ialah lelaki gay, filem ini akan ditayangkan tanpa dipotong dan tidak terpalit dengan kontroversi.


Like we haven't seen gay characters in Malay movies/dramas before. Masih ingat drama tentang budak lelaki lembut, 'Sutun'? He fell in love with his handsome senior! Finding Dory even featured a lesbian couple!

TERKINI: Beauty and The Beast akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 30 Mac dan tiada sebarang babak akan dipotong. Akan tetapi filem ini diklasifikasikan sebagai PG13 (di bawah bimbingan ibu bapa).

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem La La Land

Terima kasih kerana membaca Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus
Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kadang-kadang pelik dengan Malaysia ni. Paranoid dengan perkara2 kat luar.. tapi yang kat dalam macam rasuah, salah guna kuasa, industri hiburan sendiri buat donno jer

    ReplyDelete
  2. ada babak keterlaluan potong jelah lagi mahu hebohh..takkanlah sampai kena ban...mcm tak pernah potong je filem ni. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Best ke cite ni Nik?....
    Eloklah tu, mana yg tak baik eloklah ditapis terlebih dulu.....

    ReplyDelete
  4. Pihak penapisan fiem sila potong je babak yg x berlandasan islam. Bahaya prmikiran bebas ni

    ReplyDelete
  5. kalau ada babak tak elok wajarlah potong je

    ReplyDelete
  6. nasib dapat tayang.. takper potong part tu pun takper.. heheheh salam kenal dr www.mamajue.com

    ReplyDelete
  7. Baru semalam hubby kata cerita ni kene banned. Baru tahu kenapa. hehehe.

    ReplyDelete
  8. kena banned lagi bagus..banyak lagi cerita yang lebih bagus untuk ditonton

    ReplyDelete
  9. Nasib baik tak kena banned sebab eksaited sangat nak tengok movie ni.. haha

    ReplyDelete
  10. Filem-filem Disney ni kebanyakannya family friendly. Jarang diorang nak masukkan unsur-unsur yang di luar norma ni secara obvious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BATB sendiri tak ada scene keterlaluan. Diorang je dramatik.

      Delete
  11. kalau terlampau sangat tak payah tgk..
    nanti terpengaruh pula anak-anak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem kanak-kanak tak akan ada yg 'terlampau'

      Delete
  12. Ada baiknya juga dipotong sebab dah terlalu banyak sangat anasir luar yang ditonton oleh golongan muda di Malaysia ni. Dengan drama kita pun yang pelbagai unsur tak sihat. Susah juga nak kontrol

    ReplyDelete
    Replies
    1. ironinya drama melayu sendiri banyak scene keterlaluan.

      Delete
    2. Setuju dengan Nik Khazami.

      Filem KL Gangster banyak aksi ganas dan ada babak rogol. Bukan saja tak kena potong dan banned. Malah diaggungkan. Sama seperti ombak rindu, dimana anak gadis dijual dan dijadikan bahan pemuas nafsu orang tak potong.

      Bukan filem " Ular " yg ada Izzue Islam tu pun ada pasangan gay ke?

      Kenapa lepas standard?

      Delete
    3. haa tetiba teringat filem tu (ular)

      Delete
  13. harapnya LPF juga memandang serius babak yang tidak sesuai dalam filem Malaysia..

    ReplyDelete
  14. Nak tengok lakonan emma watson saja.
    Pasal isu gay tu masing-masing boleh fikir.

    Kalau tak boleh fikir, sila meninggal lol

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top