Selasa, 7 Mac 2017

Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru


Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru. The legend is back! Sebelum wujudnya peranti Android dan iPhone, Nokia 3310 lah yang menjadi pujaan. Telefon bimbit yang dimiliki hampir setiap individu tahun pada 2000. Peranti mudah alih tahan lasak dan tidak mudah rosak ini kini tersenarai dalam antara peranti paling popular di dunia.


Selepas 17 tahun peranti ni dikeluarkan, pelbagai rintangan dihadapi pengeluarnya, Nokia. Disanjung, dibeli, dijual, mengalami kerugian, sehinggalah syarikat itu ditutup. Kini jenama yang berasal dari Finland itu ingin melakukan 'come back' dengan mengeluarkan versi baru Nokia 3310!

Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru

Untuk pengetahuan Nokia 3310 baru bukanlah sebuah telefon pintar, ini bermakna tiada Android, tiada kamera berkualiti tinggi, bahkan tiada papan kekunci QWERTY. Ia hanya telefon bimbit biasa diberi nafas baru dan ditambah-baik dari versi asal. 


Bagi menjaga 'trademark' klasik 3310, Nokia ingin mengekalkan rekaan melengkung yang klasik tapi dengan skrin berwarna yang lebih besar. Dengan berat 79.6g, menjadikan versi baru lebih ringan, nipis dan releven untuk digunakan pada abad ini. 

Skrin

Untuk menjadikan model baru tampak segar, mereka menaik taraf 3310 dengan skrin berwarna dan lebih besar iaitu berukuran 2.4 inci. 


Fungsi asas

Oleh kerana ia bukan telefon pintar, 3310 hanya mempunyai pilihan menu asas seperti Call Logs, Contacts, Messages, Calculator, Calendar, Radio, Voice Recorder, Bluetooth, dan Music Player. Selain itu ia turut menyertakan permainan klasik 'Snake' yang diberi nafas baru. Peranti ini turut disokong oleh fungsi kamera 2MP sahaja. 

Spesifikasi Nokia 3310 (2017)


Saiz
2.4 inci
Resolusi
240 x 320 pixels
Berat
79.6g
Dimensi
115.6 x 51 x 12.8mm
Memori
Internal: 16MB ; External: microSD sehingga 32GB
Kamera
Belakang 2MP, LED flash
USB
microUSB v2.0
Bateri
Li-Ion 1200 mAh, boleh ditanggalkan
Wifi
Tiada
Bluetooth
Ada
Warna
Warm Red, Dark blue, Yellow, Grey


Walaubagaimanapun, tarikh dan harga Nokia 3310 baru masuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Entri sebelum ini - Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru

15 ulasan:

  1. kalau harga ok mesti laku juga nanti

    BalasPadam
  2. Nampak elegan ja tepon nie..

    BalasPadam
  3. Kenapa diorang keluarkan semula ya? Ada ke yang nak beli ya? hehe

    BalasPadam
  4. memang macam best. nanti dah dapat harga terus update post ni ye. heheheh

    BalasPadam
  5. nostalgia betul nokia ni..huhu

    BalasPadam
  6. memang klasik telefon ini. Zaman student dulu kalut semua nak tukar telefon brand Nokia.

    BalasPadam
  7. Agak-agak ada lagi ke menu untuk compose ringtone? :)

    BalasPadam
  8. Tak pasti masih ada market ke hp jenis lagi. Tapi handphone Nokia ni baterinya sangat tahan lama tak macam smartphone.

    BalasPadam
  9. bila dpt nnt buat bajet masa dl2 baru pegang fon kan. kerek ja. ehehehe

    BalasPadam
  10. Legend betul telefon ni
    .
    Saya pun pernah pakai dulu
    .
    Berapa kali jatuh rileks je

    BalasPadam
  11. legen. teringat kenangan lama

    BalasPadam
  12. boleh pakai ws tak rasanya?

    BalasPadam
  13. Telefon rare tu. Banyak kenangan tau

    BalasPadam