Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru. The legend is back! Sebelum wujudnya peranti Android dan iPhone, Nokia 3310 lah yang menjadi pujaan. Telefon bimbit yang dimiliki hampir setiap individu tahun pada 2000. Peranti mudah alih tahan lasak dan tidak mudah rosak ini kini tersenarai dalam antara peranti paling popular di dunia.
Baca: Belajar Buat Blog
Selepas 17 tahun peranti ni dikeluarkan, pelbagai rintangan dihadapi pengeluarnya, Nokia. Disanjung, dibeli, dijual, mengalami kerugian, sehinggalah syarikat itu ditutup. Kini jenama yang berasal dari Finland itu ingin melakukan 'come back' dengan mengeluarkan versi baru Nokia 3310!
Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru
Untuk pengetahuan Nokia 3310 baru bukanlah sebuah telefon pintar, ini bermakna tiada Android, tiada kamera berkualiti tinggi, bahkan tiada papan kekunci QWERTY. Ia hanya telefon bimbit biasa diberi nafas baru dan ditambah-baik dari versi asal.
Bagi menjaga 'trademark' klasik 3310, Nokia ingin mengekalkan rekaan
melengkung yang klasik tapi dengan skrin berwarna yang lebih besar. Dengan berat 79.6g, menjadikan versi baru lebih ringan, nipis dan releven untuk digunakan pada abad ini.
Skrin
Untuk menjadikan model baru tampak segar, mereka menaik taraf 3310 dengan skrin berwarna dan lebih besar iaitu berukuran 2.4 inci.
Fungsi asas
Oleh kerana ia bukan telefon pintar, 3310 hanya mempunyai pilihan menu asas seperti Call Logs, Contacts, Messages, Calculator, Calendar, Radio, Voice Recorder, Bluetooth, dan Music Player. Selain itu ia turut menyertakan permainan klasik 'Snake' yang diberi nafas baru. Peranti ini turut disokong oleh fungsi kamera 2MP sahaja.
Spesifikasi Nokia 3310 (2017)
Saiz
|
2.4 inci
|
Resolusi
|
240 x 320 pixels
|
Berat
|
79.6g
|
Dimensi
|
115.6 x 51 x 12.8mm
|
Memori
|
Internal:
16MB ; External: microSD sehingga 32GB
|
Kamera
|
Belakang 2MP, LED flash
|
USB
|
microUSB
v2.0
|
Bateri
|
Li-Ion 1200 mAh, boleh ditanggalkan
|
Wifi
|
Tiada
|
Bluetooth
|
Ada
|
Warna
|
Warm
Red, Dark blue, Yellow, Grey
|
Walaubagaimanapun, tarikh dan harga Nokia 3310 baru masuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.
Entri sebelum ini - Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria
Terima kasih kerana membaca Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru
kalau harga ok mesti laku juga nanti
ReplyDeleteNampak elegan ja tepon nie..
ReplyDeletelebih elegan daripada model lama
DeleteKenapa diorang keluarkan semula ya? Ada ke yang nak beli ya? hehe
ReplyDeletememang macam best. nanti dah dapat harga terus update post ni ye. heheheh
ReplyDeletenostalgia betul nokia ni..huhu
ReplyDeletememang klasik telefon ini. Zaman student dulu kalut semua nak tukar telefon brand Nokia.
ReplyDeleteAgak-agak ada lagi ke menu untuk compose ringtone? :)
ReplyDeleteTak pasti masih ada market ke hp jenis lagi. Tapi handphone Nokia ni baterinya sangat tahan lama tak macam smartphone.
ReplyDeletebila dpt nnt buat bajet masa dl2 baru pegang fon kan. kerek ja. ehehehe
ReplyDeleteLegend betul telefon ni
ReplyDelete.
Saya pun pernah pakai dulu
.
Berapa kali jatuh rileks je
legen. teringat kenangan lama
ReplyDeleteboleh pakai ws tak rasanya?
ReplyDeletetak boleh sebab tak ada android
DeleteTelefon rare tu. Banyak kenangan tau
ReplyDelete