Rabu, 29 Mac 2017

Mengatasi Masalah Beli-Belah Secara Online

Mengatasi Masalah Shopping Online. Portal beli-belah atau e-commerce berperanan memudahkan urusan pengguna kerana itulah tujuan utama ia ditubuhkan. Dunia teknologi semakin berkembang di mana kini kita boleh membuat pembelian dengan hanya beberapa klik sahaja.

Kini kita lebih memilih untuk shopping online kerana tidak perlu berdepan kesesakan lalu-lintas, harga murah, diskaun/voucher, atau kupon dari iPrice boleh shopping pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Laman beli-belah pilihan? - LAZADA, sebab mereka adalah yang terbaik berbanding pesaingnya.


Antara dua produk yang saya pernah beli: Casio Gold dan handbag Mango. << Boleh rujuk link tersebut kalau berkenan.

Setakat ini saya tidak pernah berdepan masalah besar sepanjang shopping di Lazada. Tapi terdapat beberapa perkara even portal beli-belah terkemuka pun terlepas pandang sehingga boleh menjejaskan keseluruhan pengalaman membeli-belah atas talian.

Alangkah molek jika ia dapat diperbaiki demi menjadikan pengalaman pengguna  membeli-belah secara online lebih manis? 

Mengatasi Masalah Shopping Online

Packaging 

Sebagai pembeli, impression semasa 'unboxing' barang yang dibeli sangat penting. Tapi cukup kecewa jika kotak terkoyak atau rosak sehingga menjejaskan produk di dalamnya.


Saya pernah beberapa kali beli buku secara online dan ia hanya dibalut dengan satu lapisan bubble wrap. Ini menyebabkan kulit buku renyuk dan berlipat. Agak upset walaupun membelinya dengan harga murah rendah. Buku berkedut, berlipat atau renyuk is one of my pet peeves... ugh!

Pembeli akan berasa senang hati jika barang yang dibeli dibungkus dengan rapi untuk melindungi produk dari rosak ketika melalui proses penghantaran.

Berkaitan:  Shopping Online Lebih Jimat dengan Kupon iPrice
Gambar produk

"Picture worth a thousand words". Memaparkan gambar produk yang nyata cukup penting. Kerana sebagai pembeli kami akan beli apa yang kami lihat. Menyediakan gambar produk yang jelas dari sudut berbeza akan lebih menyakinkan apatah lagi jika gambar tersebut membenarkan pelanggan untuk zoom in dan zoom out.

Ulasan pelanggan  ditapis

Percaya atau tidak, ulasan pelanggan yang pernah membuat pembelian adalah 10 kali lebih meyakinkan dari gambar dan diskripsi produk. Bayangkan jika anda berminat untuk beli headphones.... Diskripsi produk berbunyi:
- Best seller
- 75% off!
- Malaysia's No. 1 brand

 Tetapi produk itu mendapat ulasan negatif dari pelanggan seperti:
- Dont waste your money on this
- Tidak berkualiti dan lain dari apa yang dipaparkan
- Tidak original dan bunyi pecah.

Menyediakan ruang ulasan sememangnya membantu dalam meyakinkan pelanggan. Cuma, janganlah tapis dengan memaparkan komen positif sahaja.

Laman web mesra pelanggan

Mudah dinavigasi seperti susun produk mengikut kategori, elemen seperti butang 'Search', shopping cart, dan filter, berada di lokasi yang mudah dilihat. Warna yang tidak menyakitkan mata serta menggunakan Bahasa Inggeris mudah terutamana pada langkah 'Check Out' supaya dapat fahami oleh golongan dan peringkat umur. Selain untuk tidak mengelirukan pelanggan yang baru pertama kali nak shopping secara online.


Produk tidak original

Saya pernah terbaca beberapa komplen dari online shoppers di mana mereka membeli produk dengan harga rendah. Namun keterujaan mereka bertukar hampa apabila menerima barang yang tidak original. Sepatutnya pihak e-dagang nyatakan pada katalog yang produk itu tidak asli supaya pembeli tidak rasa tertipu. Siapa tidak rambang mata kalau tengok barang dengan diskaun 80% dari harga asal. Rupa-rupanya, produk itu bukan original.

Kos penghantaran yang mahal 

Kerap kali kita berubah fikiran untuk tidak membuat pembelian kerana kos penghantaran yang tinggi. Ada sesetengah portal yang menawarkan penghantaran percuma, so thank you for that. Namun kadang-kala kos penghantaran cukup tinggi sehinga tidak masuk akal. Lebih menyedihkan apabila shipping cost lebih mahal dari produk yang ingin di beli. Kami tahu syarikat kurier yang menetapkan harga, tapi ada sesetengah penjual mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tinggi.

Mengatasi Masalah Beli-Belah Secara Online
Tingkatkan promosi di laman sosial

Anda tidak mengunjungi portal beli-belah setiap hari bukan? Oleh itu anda sering terlepas jika mereka melakukan jualan besar-besaran. Lazada dan 11Street terkenal kerana mereka menawarkan harga murah sepanjang tahun namun terdapat waktu-waktu tertentu di mana mereka menjual produk lebih murah daripada biasa. Jika banyak hebahan dan promosi dilakukan di media sosial atau televisyen pastinya membangkitkan rasa teruja pelanggan.

Baca: Belajar Buat Blog

Khidmat pelanggan

Dapat memilih dan membeli produk dengan lancar dan menerimanya dengan keadaan baik semestinya membuat pelanggan berasa lega. Namun bagaimana pula jika barang yang dibeli rosak atau pecah semasa proses penghantaran? Pelanggan mahukan khidmat pelanggan yang dapat memberikan respon yang PANTAS dan MESRA disaat pelanggan berdepan kesulitan. Apa yang diperlukan dalam team customer service adalah komunikasi yang baik, pantas, beretika, ramah, dan... hire more!


Perkara yang saya sebut di atas bukan masalah besar. Tapi kadang kala perkara kecil cukup bernilai kerana ia sebenarnya mampu mempengaruhi pengguna untuk kembali dan membuat pembelian kedua. Because, sometimes small things matter the most.
Ini adalah contest anjuran iPrice yang menawarkan hadiah wang tunai RM750 bagi tempat pertama. Contest ini terbuka kepada semua blogger tempatan. Layari https://iprice.my/iema/2016/blogger-competition.html untuk maklumat lanjut!
Entri sebelum ini - Sinopsis Cik Serba Tahu di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Mengatasi Masalah Shopping Secara Online

11 ulasan:

  1. Menyakitkan betul.. dah la lama sampai lepastu ada kerosakan.

    BalasPadam
  2. kalau beli dengan saya insyaallah terjamin

    BalasPadam
  3. sebab tu saya shopping online di website yang betul2 dipercayai contohnya poplook dan sendayutinggi hihi promote lagik tu

    BalasPadam
  4. Online atau offline..semuanya ada masalah..

    yang penting kita bijak untuk mempertahankan hak pengguna

    BalasPadam
  5. Penghantaran percuma tu memang buat sales lebih laju.Tapi offline dengan online pun sama je sebenarnya .Kadangkala customer service offline lagi parah terutama bila masuk kedai mereka lagi seronok berbual sesama sendiri.

    BalasPadam
  6. Review terbaik... lepas ni blh guna panduan ni utk beli barang online..
    sebelum ni tak berapa yakin nak beli barang online..takut kena tipu huhuhu..

    BalasPadam
  7. Kalau nak membeli online ni memang kena berhati-hati. Rajin survey, rajin study review dan feedback. Tapi kadang-kadang tu tak sabar punya pasal, terkena juga.

    BalasPadam
  8. aida ada few problems dgn lazada.
    but settle peacefully la.

    BalasPadam
  9. Pernah juga terkena, beli cadar.. Kualiti hampeh.. Nipis je, macam harga rm 10..huhu.. Lepastu, tobat dah hukhuk

    BalasPadam
  10. saya sendiri pun berniaga online. as peniaga kena jujur. as pembeli pun pernah. pernah jugak kena tipu. sampai skrg tak pulangkan duit.

    BalasPadam
  11. Bagusnya entry ni. bagi saya yang penting customer service dan cara dia handle kita punya barang lah. Kita nak beli barang dengan dia, tapi kalau layan acuh tak acuh je memang tak lah nak beli.

    BalasPadam