Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

20

Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada. Jika anda baca entri sebelum ini iaitu Surprise Box 2017 saya menerima kotak yang berisi beberapa produk dan jenama terlaris daripada laman beli-belah paling popular, Lazada, sempena ulang tahunnya yang ke lima.

Kalau tak jenguk Lazada bermula 22 - 24 Mac ni memang rugi. Sebab mereka tengah buat sales besar besaran ke atas pelbagai jenis produk dan jenama. Kesemuanya dijual dengan harga runtuh. Mana tahu barang yang dah lama anda cari ada diskaun 80%! Boleh tengok sini >>  http://www.lazada.com.my/birthday-sale/


Saya ni kalau masuk Lazada tak ada benda lain yang di search kalau bukan Daniel Wellington, smart tv, bookshelf, earphone, dan external hard disk. Lazada ni macam tahu-tahu je that I am a music lover, mereka bagi Bose Soundsport Wireless earphones dan Harman Kardon Onyx Mini Speaker.  Saya dah cuba kedua-dua produk, tapi saya review earphone BOSE dulu.

Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

Produk keluaran 2016 ini merupakan salah satu peranti fon audio yang memerlukan sambungan Bluetooth ke telefon pintar. Ia direka khas supaya pengguna dapat mendengar muzik tanpa wayar dengan selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
Kualiti Bunyi
Ciri utama dan elemen paling penting yang perlu ada pada setiap earphone iaitu kualiti bunyi. Seperti yang dijangka kualiti bunyi BOSE Soundsport sangat mengagumkan. It's BOSE, when it comes to quality, nothing can go wrong. Ia menghasilkan bunyi 'bass' yang sempurna. Jika anda penggemar muzik elektronik, anda pasti akan berpuas hati.

Aktiviti lasak
Oleh kerana ia direka khusus untuk mereka yang aktif bersukan, Bose Soundsport mempunyai rekaan yang tidak akan tertanggal semasa melakukan aktiviti lasak. Pengguna tidak perlu risau kerana earphone ini tidak akan jatuh kerana ia berada di belakang tengkuk dan klip disertakan. 

Rekabentuk
Dari segi design, ia agak besar dan berat dari wireless earphone lain di pasaran. Pada saya saiz ini bukanlah masalah besar kerana rekaan 'sporty'nya dapat menutup kelemahan ini. 

Keselesaan
Apa guna bunyi berkualiti tapi tidak selepas dipakai? Mujurlah BOSE Soundsport cukup selesa di telinga dan tidak sakit walaupun memakainya pada jangka masa lama. BOSE menyediakan earbuds tambahan yang terdiri dari saiz kecil, sederhana, dan besar.


Bateri
Dengan pengecasan penuh selama 2 jam, BOSE Soundsport mampu bertahan sehingga 6 jam tanpa henti. Namun bagi pengguna sederhana seperti saya, mengecas seminggu sekali sudah memadai. Ia boleh di cas semula dengan sambungan micro-USB yang terletak di bahagian kanan earphone.


Kalis air
Ia turut hadir dengan ciri kalis air bagi membantu melindungi peranti ini jika terkena hujan dan peluh berlebihan sewaktu melakukan aktiviti lasak.


Harga
BOSE Soundsport Wireless berharga RM790, tapi anda boleh mendapatkannya dengan harga murah di Lazada iaitu pada RM690. > Klik sini untuk beli. Manakala speaker Harman Kardon kini berharga RM299 sehinga 24 Mac sahaja dari harga asal RM699. > Klik sini untuk beli 

Anda boleh rujuk mana-mana link atau banner yang ada dalam banner untuk terus ke laman dan item yang ada diskaun! You're welcome.
 
I am blasting my playlist on my iPhone like there is no tomorrow!

BOSE Soundsport Wireless
8.7/10

Entri sebelum ini - Cara Verifikasi PIN Adsense

Terima kasih kerana membaca Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

Post a Comment

20Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kalau bab kalis air tu yang paling saya suka..

    ReplyDelete
  2. Perghh bestnya. Kalis air? Boleh cicah ngan milo ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cecah milo? Wow haha.. Gadget ni memang sesuai bagi mereka yang bersukan atau main gym..

      Kebanyakkan earphone yang pernah saya guna memang susah nak cari yang selesa.. Ada yang terlalu kecil, kerap kali jatuh.. ada yang besar, sakit pula telinga..


      Tapi dengan bose soundsport ni, dia datang dengan pelbagai saiz. sound pun memang padu

      Delete
  3. Alaaaa best lagi lampu meja philips.
    http://www.adzril.com/2017/03/lampu-meja-sesuai-untuk-buat-kerja-dan.html

    ReplyDelete
  4. BOSE Soundsport Wireless dari Lazada ini macam canggit sgt. I dengar Lazada dah akan mengadakan promosi ngan memberi diskaun setinggi 15% utk gadget. Harap gadget ni juga akan dpt diskaun.

    ReplyDelete
  5. Salam kenalan. Bateri tahan 6 jam dan kalis air memang sangat menarik bagi yang suka dengar lagu menggunakan fon.

    ReplyDelete
  6. oo menarik juga if bateri tahan lama camtu

    ReplyDelete
  7. Perghhhhh kalis air, bateri pun tahan lama. memang menarik ni kalau nak beli! berbaloi kot.

    ReplyDelete
  8. suka earphone warna hitam berbanding putih sebab senang nak jaga. klu putih senang sangat kotornya

    ReplyDelete
  9. Wah, cantik lah Nik..matching tu dengan iphone

    ReplyDelete
  10. Cantik design nya.... kalis air gitu...

    ReplyDelete
  11. Gadget terbaik ni.. boleh la lepas ni bawa sekali bila berjogging.. senang sikit nak bergerak sebab guna bluetooth

    ReplyDelete
  12. wah bestnya sebelum ini dapat wireless speaker dari logitech pun dah cukup power bunyinya

    ReplyDelete
  13. Nampak bergaya kalau guna time berukan. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top