Sinopsis Cik Serba Tahu di Astro Ria

11
sinopsis cik serba tahu

Sinopsis Cik Serba Tahu di Astro Ria. Menyusuli Dia Bidadariku yang melabuhkan tirainya minggu lalu, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri menarik buat tontonan anda iaitu CIK SERBA TAHU. 

Drama bersiri 16 episod ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel popular tulisan Syamnuriezmil. Diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, mengisahkan misi Carl Adham dalam usaha memikat Aerna.

Cik Serba Tahu dibintangi oleh Sari Yanti dan Remy Ishak sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, dan Nadia Brian. 

Drama ini bersiaran mulai 27 Mac 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD. 

Sinopsis drama Cik Serba Tahu di Astro Ria

Bermacam-macam cara yang dilakukan Carl Adham untuk memikat Aerna. Mendapatkan hati gadis itu bukan semudah yang disangka. Sukar untuk Aerna menerima lelaki itu. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Rakan pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana segala gerak hati dan tekaannya sentiasa betul. Banyak rahsia yang dia tahu terutama tentang Encik Ben dan Encik Bun. 
Sikapnya itu membuatkan bapanya sendiri khuatir jika dia lupa akan kepentingan dirinya sendiri. Ini menyebabkan bapanya nekad untuk menerima siapa sahaja calon suami pilihan anaknya asalkan dia berkahwin.

cik serba tahu astro

Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?


Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Mesti ramai yang nak tengok cerita nie nanti, sebab Sari Yanti makin bertambah femes sejak kahwin dengan Jep Sepahtu..

    ReplyDelete
  2. lama dah tak layan drama...biasalah rutin harian yang perlu diikuti...

    ReplyDelete
  3. ada masa nak tengok juga...

    ReplyDelete
  4. mesti citer ni penuh dengan adegan komedi romantik... hehehe.. sbb tgk dari sinopsis dah blh nampak dah jalan citer dia mcm mana...

    ReplyDelete
  5. Sari Yanti..pelakon yang cantik ..wow..mesti best dan menghibur untuk ditonton

    ReplyDelete
  6. wow zarul pun ada berlakon sekali

    ReplyDelete
  7. tadi baru tertengok, nampak best dan santai..boleh buat jamu mata sambil-sambil blogwalk

    ReplyDelete
  8. Aduh saya tengok Amazing Race dengan CSI sebab suka benda thrill dan suspense. Siri Tanah Kubur pun saya suka sebab rasa insaf dan takut nak mati he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang tengok tv. kalau bukak tv pon layan Kardashians je. hehe!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top