Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia

8

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia. Samsung terkenal dengan sikap mereka yang sering mengeluarkan peranti terkini dan tidak perlu menunggu terlalu lama melihat produk dan teknologi baru. Terbaru, Samsung memperkenalkan dua telefon pintar berkuasa tinggi baru iaitu Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus.

Samsung kali ini bukan sahaja hadir dengan teknologi yang dipertingkatkan dan beberapa ciri baru, tetapi reka bentuknya turut diinovasi.

Ciri utama yang menarik perhatian adalah skrin S8 (5.8inci) dan S8+ (6.2 inci) dengan paparan 'Infinity Display' iaitu 80% skrin pada badan. Ia seolah-olah memenuhi impian pemilik telefon pintar yang selama ini mahukan skrin penuh dan tampak futuristik.

Spesifikasi Samsung S8 dan S8 Plus

Skrin

Samsung masih lagi mengekalkan rekaan tradisi mereka walaupun terdapat perubahan besar di bahagian hadapan. Tiada lagi butang 'Home', 'Back', dan 'Multitasking', kerana ketiga-tiga butang ini kini berada di atas skrin. Tidak dinafikan Infinity Display ini menjadikan S8 tampak elegen, segar, dan memberikan pengalaman paparan yang hebat sewaktu menonton video kerana ia tidak berbingkai.

Reka bentuk

Skrin lengkung atau 'edge' seperti sudah menjadi trademark Samsung. Rekaan kompak kedua-dua peranti ini membolehkan ia dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja. S8 dan S8+ turut hadir dengan pengimbas cap jari yang terletak di belakang telefon bagi memudahkan pengguna mengakses peranti ini.

Selain itu tiada lagi masalah bonjolan kamera! Samsung akhirnya berjaya menyelesaikan masalah bonjolan kamera yang dihadapi peranti nipis sekaligu membolehkan ia diletakkan dipermukaan rata.

Kamera

Antara ciri baharu yang diperke­nalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik berbanding telefon dalam siri S sebelum ini.


Perbezaan antara S8 dan S8 Plus

Apa yang membezakan antara kedua-dua peranti ini adalah saiz dan kapasiti bateri sahaja.
 

 
Galaxy S8
Galaxy S8+
Sistem Operasi
Android 7.0
Rangkaian
LTE Cat. 16*
*May differ by markets and mobile operators
Skrin, Berat
148.9 x 68.1 x 8.0 mm, 152g
159.5 x 73.4 x 8.1 mm, 173g
Pemprosesan
Octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, 10 nm process
Octa core (2.35GHz Quad + 1.9GHz Quad), 64 bit, 10 nm process
*May differ by markets and mobile operators
Memori
4GB RAM (LPDDR4), 64GB (UFS 2.1)
*May differ by markets and mobile operators
Skrin
5.8” (146.5mm)1 Quad HD+
(2960x1440), (570ppi)
6.2” (158.1mm)1 Quad HD+
(2960x1440), (529ppi)


kamera
Belakang: Dual Pixel 12MP OIS (F1.7), Hadapan: 8MP AF (F1.7)

Bateri
3,000 mAh
3,500 mAh
Pengecasan pantas dengan menggunakan wayar atau tanpa wayar.
Connectivity
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), VHT80 MU-MIMO, 1024QAM
Bluetooth® v 5.0 (LE up to 2Mbps), ANT+, USB Type-C, NFC,
Location (GPS, Galileo*, Glonass, BeiDou*)
*Galileo and BeiDou coverage may be limited.
NFC
Disediakan.
Sensor
Accelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor,
Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Heart Rate Sensor, Proximity Sensor,
RGB Light Sensor, Iris Sensor, Pressure Sensor
Audio
MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB,
FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA, DSF, DFF
Video
MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM

Pemprosesan

S8 dan S8 Plus adalah peranti berkuasa tinggi yang menggunakan cip teknologi 10nm lapan teras. Memori 4GB RAM dan kapasiti storan 64GB yang menggunakan format UFS 2.1, menjadikan peranti ini yang terpantas dan cekap di pasaran.

Interface/Antaramuka

Setelah menerima banyak rungutan dari pengguna, Samsung akhirnya menggunakan interface TouchWiz  yang lebih minimalis dan segar. Ia cukup berbeza dengan Grace UX yang digunakan Samsung sebelum ini.


Bixby

Selain itu, Samsung turut membawakan teknologi baru pada peranti iaitu pembantu maya, Bixby, yang beroperasi umpama Google Now.


Harga

Harga Samsung Galaxy S8 (RM3299) dan S8+ (RM3699) dan pre-order akan boleh dibuat bermla 11 April 2017

Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mau koyak jugak poket kalau nak beli ni.. mesti harga dalam range dkt rm 3k nih.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Samsung mendahului Apple Iphone dalam penjualan telefon...

    siapa yang mampu dan perlu boleh usha-usha untuk mendapatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara masalah Apple/iphone inovasi mereka semakin kurang sejak ketiadaan Steve Job. Kalau nak tambah beberapa features je keluar dah iphone baru.

      dari segi laptop pun kalau kita tengok apple jauh ketingalan dengan Microsoft dengan Microsoft mengeluarkan Microsoft Surface Studio yang mana merupakan produk yang kreatif.

      Seperti yang kita bincang kat Denai Hati, jenama merupakan antara perkara paling penting bagi sesorang/company. Orang tetap akan beli.

      Delete
  3. Samsung semakin meningkatkan kuasanya dalam industri gajet dengan memperkenalkan rekaan terkini

    ReplyDelete
  4. saya dah tak suka samsung, kuat hang

    ReplyDelete
  5. wah. ada gak lalu lalang iklan s8 ni kat timeline fb aida.
    hmmmm menarik!

    ReplyDelete
  6. Keinginan ada..tapi harga 3 ribu lebih..tu yang terus kuburkan impian hanya mampu melihat

    ReplyDelete
  7. Tu dia harga.. tapi kalau dah suka baikla dipinang aje..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top