Baiki Masalah Channel Astro Hilang

21

Baiki Masalah Channel Astro Hilang. Pelanggan TV satelit berbayar, Astro, kadang-kala berdepan dengan masalah beberapa saluran hilang atau tidak dapat dicapai. Ini pastinya akan menimbulkan keresahan pelanggan. Mana tidaknya, cuaca di luar baik dan tiada tunggakkan bil. Tetapi tiba-tiba sahaja tidak dapat menonton rancangan kegemaran. 

Menurut jurucakap Astro, masalah ini mungkin berpunca dari pelanggan yang tidak membiarkan decoder dalam mode standby. Membiarkan decoder dalam mode standby amat diperlukan bagi menaiktaraf perkhidmatan.


Baca: Buat Duit dengan UBER

Mode standby adalah di mana decoder anda menunjukkan jam/waktu.


Pelanggan bagaimanapun boleh 'baiki' sendiri masalah saluran Astro hilang dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Baiki Masalah Channel Astro Hilang

Langkah 1: Tekan butang MENU pada decoder atau alat kawalan jauh. Pilih SATELLITE SIGNAL. Kemudian kekuatan signal akan terpapar.

Langkah 2: Tekan OK untuk memuat turun. Setelah selesai muat turun, saluran yang hilang akan kembali.


Anda tidak perlu mengubah kedudukan piring satelit kerana cara di atas sudah memadai. Hubungi talian khidmat pelanggan Astro (1-300-82-3838) jika masalah sama masih berlaku.
Sumber: The Star
Entri sebelum ini - Cara Perangkap Lipas dalam Kereta

Terima kasih kerana membaca Baiki Masalah Channel Astro Hilang
Tags

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ok good job. Takder typo. Info pun byk yg best2.

    ReplyDelete
  2. menarik..perkongsian yang baik...

    tak ada masalah kehilangan siaran mungkin sebab kekadang lupa off suis astro jadinya dia update sendiri.

    jom baca mengenai Cara Dapatkan Astro Prebiu Percuma

    ReplyDelete
  3. oKEH BOLEH CUBA SELEPAS INI.
    TAPI KAWAN CUMA PAKAI NJOI JE, KALAU DEKAT JAY BEE NI TAK PAYAH NAK ADA SANGAT ASTRO, CHANEL DARI NEGARA JIRAN PUN TAK ABIS NAK TONTON HIHIHI

    ReplyDelete
  4. Selalu ada masalah ni. Selalu biarkan je sampai dah ok baru tengok tv. Rupanya ada cara2 nak baiki sendiri. Nanti saya cuba k

    Apa beza astro dengan Njoi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. njoi cuma ada channel basic seperti tv1 - Tv3, tv9, ntb7, 8tv. pastu prima, oasis, awani...

      Delete
  5. saya tidak pernah off kan...mesin dekoder

    bukan apa senang nak on balik kalau anak tengok TV

    ReplyDelete
  6. Dulu sering juga ada masalah ni, terus tutup akaun astro..hehe

    ReplyDelete
  7. saya memang tak pernah off suis dekoder. memang mood standby 24 jam.

    ReplyDelete
  8. saya kena gak macam tu...off sebulan, call je astro, nanti oklah tu

    ReplyDelete
  9. kalau siaran xde masa hujan tu memang takleh nak buat apa kan

    ReplyDelete
  10. boleh pulak main cak cak astro ni ya. so far saya tak pernah off decoder

    ReplyDelete
  11. dengan tenangnya dah buang astro..tgk youtube je selalu atau tgk movie online je atau guna hypptv je sekarang ni

    ReplyDelete
  12. Dulu pernah ada astro ni, tapi sekarang dah takda dah tapi i'm sure this entry would help a lot of people! :) Good sharing.

    ReplyDelete
  13. Selalu tak off pun astro tu. Rupanya ada sebab kenapa kita perlu switch to standby mode. Thanks for the info

    ReplyDelete
  14. sekarang baru tahu...

    dulu ambil tak kisah..

    ReplyDelete
  15. setakat ni takde masalah lagi.

    memang tegar pakai astro.

    haha

    ReplyDelete
  16. Nice tips untuk pengguna Astro, tapi rumah saya tak pakai Astro. Last pakai masa zaman Mawi dulu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin juga nak off astro, tapi belum ada kekuatan

      Delete
  17. Alahai.. lagi satu signal astro ni time hujan mesti hilang sekejap hehe

    ReplyDelete
  18. Signal siaran astro pun hancur semalam....T.kasih atas tip. Dah dapat balik ari ni...mmg clear sangat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top