Cara Perangkap Lipas dalam Kereta

15
perangkap lipas dalam kereta

Cara Perangkap Lipas dalam Kereta. Kita sememangnya benci pada lipas dan tahu bahawa serangga itu kotor dan boleh membawa penyakit. Lipas akan menyelinap masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan dan tempat berlindung termasuklah di dalam kereta.

Jika dibiarkan,  mereka akan mula membiak di dalam dashboard dan penyaman udara. Lipas bukan sahaja kotor bahkan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Lebih mengerikan jika lipas-lipas tu merayap di kaki atau 'terbang' dalam kereta ketika memandu!


Bermacam-macam cara yang digunakan untuk menghalau serangga ini namun beberapa minggu lalu terdapat satu kaedah menjadi viral di laman sosial. Cara tersebut bukan sahaja berkesan bahkan mudah kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Langkah tersebut boleh digunakan di dalam kereta mahupun dalam rumah.

Baca: Belajar Buat Blog

Cara Perangkap Lipas dalam Kereta

Bahan-bahan:
- Minyak masak terpakai
- Susu pekat manis
- Majerin

Masukkan ketiga-tiga bahan ni dalam satu bekas tanpa penutup. Letakkan bekas tersebut di dalam kereta dan biarkan selama satu malam.

 Sumber:  Cik Zati
Elak guna penyembur racun serangga

Menyembur racun serangga tidak berkesan kerana mereka mungkin bersembunyi di celah-celah yang sukar dilihat. Tambahan pula racun itu sendiri mempunyai kesan yang tidak baik jika disembur dalam ruang kecil seperti dalam kenderaan.


Pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ELAKKAN MAKAN DALAM KERETA kerana sisa-sisa makanan boleh menarik perhatian lipas. Lebih banyak sisa makanan, lebih banyak lipas masuk untuk berparti dalam kereta anda.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik The Fate of The Furious

Terima kasih kerana membaca Cara Perangkap Lipas dalam Kereta
Tags

Post a Comment

15Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ni suami selalu bising sebab bila ada sisa makanan memang akan ada lipas

    ReplyDelete
  2. boleh try tips ni. Mudah je nak buat. Anak-anak la selalu makan dalam kereta..aduhai..

    ReplyDelete
  3. Tips terbaek lah utk nyah lipass... Selalunya lipas ade dlm kereta coz sisa makanan & carpet lembab... So kene always alert especially bila perubahan cuaca & kids ;)

    ReplyDelete
  4. pernah alaami lipas menjalar dekat kaki ketika memandu..

    bayang kalau masa jammed atau tengah memecut laju..

    naya juga kita dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Bagus ni. Mesra alam. Selain dalam kereta, dalam rumah pun boleh cuba kot. Tapi, berbau tak perangkap ni?

    ReplyDelete
  6. Ok mmg tgh cari tips ni pon.. tp mcm mane dgn bau?

    ReplyDelete
  7. Alamak, banyaknya lipas dalam iklan tu.

    ReplyDelete
  8. wah boleh test ni..sebab ada juga sekor 2 lipas kat dlam kereta buruk saya tu

    ReplyDelete
  9. sebelum ni pakai perangkap lipas yang kotak kaler oren tu..ape ke namanya..murah je..nasib baik ingatkan..dah abis dah..ahaha

    ReplyDelete
  10. wokeh.

    boleh cuba nih.

    rasa macam ada sekor tadi.

    ReplyDelete
  11. Simple je bahan dier. Bahan dah memang ada kat rumah. Kena try nanti

    ReplyDelete
  12. Ini disebabkan anak-anak selalu mensepahkan makanan dalam kereta, itu juga sebab lipas masuk dan tinggal dalam kereta. Cara paling cepat sembur dengan racun perosak, cuma cara ni lagi mesra dan kurang dari risiko tersedut bahan beracun.

    ReplyDelete
  13. Yakks. Lipas byk mengejutkan. Juga karpet lantai kereta perlu dipastikan selalu bersih supaya lipas tidak dapat hidup di bawahnya.

    ReplyDelete
  14. Cara yang lebih baik adalah selalu pastikan lantai kereta adalah bersih tanpa sebarangan sisa makanan. Kena cuci selalu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top