Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8

19

Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8 dan 8 Plus. Model terbaru Samsung muncul lagi dipasaran iaitu Galaxy S8 dan S8 Plus. Ramai yang ingin tahu sehebat mana peranti ini kerana ia hadir dengan rekaan premium dan lebih berkuasa.

Dijual pada harga RM3299 (S8) dan RM3699 (S8+), pasti ramai yang tertanya-tanya adakah peranti ini berbaloi untuk dibeli? Untuk spesifikasi penuh dan beza antara kedua peranti ini, anda boleh rujuk artikel >> Spesifikasi dan Harga Galaxy S8/S8+.

Jika anda bercadang untuk memiliki peranti terkini Samsung ini, pasti teliti dahulu pro & cons sebelum membelinya.

Kelebihan Samsung S8 / S8+

Skrin infiniti -  Sudah tentu tarikan utama S8 dan S8+ adalah pada rekaannya. Skrin infiniti atau hampir semua skrin adalah yang pertama seumpamanya dihasilkan. Rekaan ini dahulunya dianggap seperti angan-angan dan tidak relevan, namun direalisasikan dengan sempurna oleh Samsung. Ini sekaligus tidak terikut-ikut dengan pengeluar lain yang hadir dengan model hampir sama setiap tahun.

Interface/antaramuka - Samsung turut memberi nafas baharu pada antaramukanya dengan menggantikan TouchWiz kepada Grace UX. Grace UX dilihat lebih segar dan minimalis. Bagi pengguna yang sebelum ini bosan dengan antaramuka Samsung sebelum ini, Grace UX adalah antara sebab utama kenapa anda patut beli Galaxy S8.

Grace UX
Paparan HDR - Tidak banyak peranti di pasaran yang menyokong skrin dengan paparan HDR. Bagi mereka yang sering menonton penstriman Netflix atau iFlix pada telefon pintar, paparan berkualiti HDR memberikan pengalaman menonton filem kegemaran akan menjadi lebih menyeronokkan. 

Audio jack masih 3.5mm - Biarpun ia sebuah peranti berkualiti dan berkuasa tinggi, S8 masih lagi mengekalkan audio jack 3.5mm. Ini kerana ia masih menjadi keperluan majoriti pengguna dan mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan earphone yang dibekalkan bersama telefon. Tidak seperti iPhone yang tidak lagi menyokong audio jack 3.5mm dan seolah-olah memaksa pengguna membeli earphone keluaran mereka sahaja. 


Sistem imbasan wajah - Ciri ini telahpun digunaka pada Note 7 di mana pengguna boleh mengakses telefon dengan imbasan iris mata untuk lebih selamat. Namun kali ini Samsung telah membaik pulih teknologi ini dengan membenarkan imbasan biarpun pengguna memakai kaca mata. 

Kekurangan Samsung Galaxy S8 & S8 Plus

Bixby - Bixby merupakan pembantu peribadi maya yang fungsinya menyamai Siri, Google Assistant, dan Alexa (Amazon). Samsung menekan teknologi baru ini, dan berdasarkan pengalaman pengeluar lain dan Samsung sendiri, versi pertama tidak begitu sempurna. Minggu lepas Samsung mengeluarkan kenyataan di mana suara Bixby tidak akan dilancarkan di Amerika Syarikat sehinggalah pertengahan musim bunga.


Pengimbas cap jari - Rekaan kali ini tidak lagi meletakkan pengimbas jari di tengah-tengah panel belakang, tetapi kini bersebelahan dengan lens. Ini sedikit sebanyak menyusahkan pengguna dengan menganjakkan jari untuk mencapai imbasan untuk nyah-kunci peranti.


Kamera hadapan tiada LED Flash - Dengan budaya selfie dan lambakan media sosial seperti Snapchat dan Instagram, flash pada kamera hadapan sudah menjadi satu keperluan majoriti pengguna yang mahukan gambar/video yang berkualiti. Malangnya kamera hadapan tidak dibina bersama flash.

Harga - Di Malaysia peranti ini dijual pada harga harga RM3299 (S8) dan RM3699 (S8+). Anda boleh beli dua telefon high-end pada harga tersebut. Lazada turut menawarkan S8 dengan harga terbaik bersama free gift, anda boleh rujuk http://www.lazada.com.my/samsung-galaxy-s8-deal.
 


Entri sebelum ini - Baiki Masalah Channel Astro Hilang 

Terima kasih kerana membaca Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8
Tags

Post a Comment

19Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hehehe dah lama tak pakai samsung. Sekarang lebih tertarik dengan jenama macam Oppo, Huawei, Xiaomi... Harga mampu milik tapi tiptop.

    ReplyDelete
  2. Memang dah tengok rekaan ni, nampak sangat elegan tapi harganya tu tak mampu nak membeli..hehe

    ReplyDelete
  3. Innovasi yang hebat dari Samsung. Suatu usaha yang baik bagi mengembalikan imej mereka yang tercalar dari kegagalan Samsung S7.

    Berbanding Iphone yang melakukan inovasi terhadap headphone jack di mana ramai orang belum bersedia dengan perubahan itu, Samsung membuat inovasi kepada saiz paparan skrin yang menampakkan kepuasaan paparan yang lebih luas..

    ReplyDelete
  4. harganya untuk kaya ..

    orang nak kaya just letak impian dulu la..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. Saya pengguna tegar iphone sebenarnye tp bile tgk screen camtu cam tertarik pulak.. hehe

    ReplyDelete
  6. cantik juga, cuma saya ni dah trauma dengan samsung yang suka hang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg guna ni hp takda masalah..beli pastu gurau2 dengan bixby huhuhu

      Delete
  7. Cantik memang cantik... Tapi bab selalu hang tu. Masih jadi lagi ke? Kot la dah takde kan skarang, bila dah makin banyak versi makin canggih.

    ReplyDelete
  8. Menarik juga screen Samsung ni tapi hmmmm dari dulu memang tak berapa berkenan dengan samsung. Lebih tertarik dengan iPhone sekarnag ni haha sebab dia selalu hang Samsung ni.

    ReplyDelete
  9. berpeluh kena kumpulkan duit beli hanset baru.

    tapi nak cari yang baru jugak ni...hmm

    ReplyDelete
  10. saya pengguna samsung note 4..memang puas hati..tapi itu teknologi 3 tahun lepas. S8 ni mesti lagi hebat. cuma duit tak hebat untuk memiliki hehe

    ReplyDelete
  11. Nak beli handphone baru..

    Samsung kot

    ReplyDelete
  12. Nak beli handphone baru..

    Samsung kot

    ReplyDelete
  13. Inovasi dari Samsung memang sentiasa memukau, tapi harganya tu berat benar.. haha

    ReplyDelete
  14. Dari review Nik buat ni memang jatuh hati juga dengan Samsnung S8 dan S8 Plus
    Cuma harganya agak mahal la sedikit

    ReplyDelete
  15. Cabaran utama ialah membawa keunikan bagi setiap pengeluar smartphone, Samsung tampil dengan skrin infiniti yang memberikan kelainan kepada Samsung S8. Ada yang suka dan ada juga yang kurang berminat.

    ReplyDelete
  16. Nasib baiklah bukan gila gadget. Iphone 5 dan note 4 pun saya simpan buat perhiasa hi hi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top