Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth

10

Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth. Google ibarat sebuah pustaka gergasi dan menguasai enjin carian dunia. Sebut sahaja maklumat apa yang ingin tahu, jawapannya akan muncul dalam sekelip mata. Google turut memiliki beberapa layanan terbaik dan salah satunya, Google Earth.

Google Earth membolehkan anda melihat bumi dalam bentuk imej yang dirakam oleh satelit. Melalui Google Earth, anda boleh meneroka bumi secara keseluruhannya hanya pada skrin komputer.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa lokasi yang dikaburkan kerana tempat tersebut menyimpan rahsia besar kerajaan yang tidak boleh dilihat oleh orang awam.

Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth

Pulau Gruinard, Scotland - Pulau yang terletak di Teluk Gruinard ini sudah berdekad tidak didiami manusia selepas saintis dari British melepaskan bom beracun (Anthrax) sewaktu Perang Dunia Kedua. Ketika itu mereka manjalankan uji kaji ke atas 60 ekor biri-biri dan haiwan tersebut mati dalam masa beberapa hari.

Pulau yang hanya berkeluasan 1 batu ini tidak dibenarkan dilawati oleh orang awam dan dilihat Google Earth biarpun disahkan bebas racun sejak tahun 1990.

Pengklan Udara Vokel, Netherlands - Menurut laporan Wikileaks, pengkalan udara ini menyimpan senjata nuklear yang dikatakan milik sekutunya, Amerika Syarikat. Pengkalan Udara Vokel ini beroperasi sejak Perang Dingin.

Biarpun sering digunakan untuk acara pertunjukkan oleh Tentera Udara Diraja Belanda, ia tetap dikaburkan dari dilihat oleh orang awam.

Baca: Tips Bsnes Air Balang

Roswell, Amerika Syarikat - Roswell, daerah yang terletak di New Mexico ini adalah salah satu lokasi ang dikaitkan dengan kehadiran makhluk asing (UFO). Daerah Roswell menjadi terkenal pada 1970 selepas banyak laporan mengatakan kapal angkasa makhluk asing terhempas di kawasan berkenaan.


Pihak tentera kemudian dituduh cuba menutup cerita sebenar selepas dikatakan menyimpan UFO di pusat penyelidikkan rahsia. Sehingga hari ini rahsia sebenar Roswell masih menjadi tanda tanya.

Taman Gethsemane, Israel - salah satu tempat paling suci bagi penganut agama Kristian. Dalam kitab Kristian, Taman Gethsemane dikatakan tempat di mana Nabi Isa atau mereka percaya sebagai Jesus bermalam sebelum disalib.

Valencia City, Filipina - Sebahagian besar Valencia City yang didiami kira-kira 180,000 penduduk ini tidak dipaparkan pada peta Google atas sebab keselamatan. Kawasan itu dipercaya terletaknya ibu pejabat program peluru berpandu kerajaan.

The Snow Saddle, Nepal - Kangtega, atau dikenali sebagai The Snow Saddle, adalah antara puncak utama di kawasan pergunungan Himalaya. Puncak yang berketinggian 6,782 meter ini dihitamkan pada Google Earth tanpa diketehui apa sebabnya.


The Royal Residence, Netherlands - Istana Diraja Amsterdam atau dikenali sebagai Koninklijk Paleis Amsterdam, adalah satu dari beberapa lokasi yang dikaburkan pada Google Map/Earth. Istana ini didiami oleh kerabat diraja Dutch.

sumber: Mirror
Entri sebelum ini - Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8

Terima kasih kerana membaca Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth
Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sangat menarik.. Kaabah tidak mereka kaburkan..

    ReplyDelete
  2. biasanya kem tentera akan dikaburkan. wah baru tahu yang google earth kaburkan tmpat2 diatias tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google berat sebelah.. Mereka berfungsi atas arahan pihak tertentu

      Delete
  3. sangat menarik info ni nik. pasal roswell je saya tahu misterinya apa. yang lain tu tahu melalui artikel ni

    ReplyDelete
  4. Mungkin bisa mengajukan ke pihak Google Earth agar lokasi kita untuk dikaburkan kali ya? :-D

    ReplyDelete
  5. Wah ternyata ada juga tempat2 yang tidak diperlihatkan Google Earth secara langsung ya.

    ReplyDelete
  6. Selama ini saya ingat semua tempat dipaparkan dalam google earth rupanya ada yang menjadi rahsia. Hmmmm

    ReplyDelete
  7. Oh, kawasan tertentu memang dikaburkan yea, baru tau juga ni

    ReplyDelete
  8. Tak sangka pulak banyak juga tempat2 yang dikaburkan..hmm

    ReplyDelete
  9. Ada sebab di kaburkan tu terutama kalau tempat tu kem kem atau tempat buat operasi yang mereka tak nak orang lain tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top