Sinopsis SHH I Love You di Tv3

5
shh i love you

Sinopsis SHH I Love You di Tv3. Bagi menggantikan Suamiku Paling Sweet yang telah menamatkan siarannya minggu lalu, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bersiri terbaru yang bertajuk SHH I LOVE YOU bagi menghiasi Slot Akasia. 

Drama yang bersiaran sebanyak 28 episod terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Diadaptasi dari novel dari tajuk yang sama, Shh I Love You menggandingkan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Turut membantu, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, dan Leeza Zain.


Shh I Love You telah pun bersiaran bermula 3 April 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di Tv3. 

Sinopsis drama SHH I Love You di Tv3

Nadia dan Aidan bertemu buat pertama kali di kedai pertemuan singkat itu membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana terdapat perkara yang perlu dia rahsiakan. 

Nadia disahkan menghidap miokarditis atau keradangan otot jantung sejak berusia 10 tahun. Saban tahun kesihatan Nadia semakin merosot kerana jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak teruk.


Menjalani pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sehinggalah usianya menginjak 18, akhirnya ada individu yang sesuai sudi mendermakan jantungnya kepada Nadia. Akan tetapi si penderma meminta identiti dirinya dirahsiakan. 

drama shh i love you

Setelah 10 berlalu, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa biarpun terpaksa bergantung kepadan ubat-ubatan yang dibekalkan hospital. 

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Artikel sebelum ini - Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia

Terima kasih kerana membaca Sinopsis SHH I Love You di Tv3.
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Pemainnya cantik cantik nian yak

    ReplyDelete
  2. Gambit berlakon..

    not bad..

    siapa yang ada masa tu..jangan lepaskan peluang,,

    layan sahaja drama cinta begini..

    ReplyDelete
  3. tengok hari tu waktu Aidan sampai di hospital hari Sumayyah meninggal. Alahai sedihnya Gambit berlakon.

    ReplyDelete
  4. baru je tengok iklan drama ni, suka gaya rambut si gambit tu hahha

    ReplyDelete
  5. aida da tgk 1-2 episod.
    semlm punyer episod kan yg aidan byr kan brg supermarket nadia.
    tertukar plastik....
    aida da agak dah jantung tu milik sumayyah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top