Cara Selamatkan Telefon Masuk Air

4

Cara Selamatkan Telefon Masuk Air. Telefon bimbit jatuh ke dalam air adalah mimpi ngeri bagi setiap pemilik peranti. Ini kerana insiden ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan. 

Perkara utama yang merisaukan pemilik adalah jika telefon megalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki. Lebih menyakitkan hati jika telefon itu jenis high-end dan berharga ribuan ringgit. Selain itu terdapat dokumen penting, gambar kenangan, dan nombor telefon, tersimpan rapi di dalam telefon anda.


Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika telefon terjatuh dalam air? Jangan panik, jika kena dengan caranya... telefon anda masih boleh diselamatkan.

Cara Selamatkan Telefon masuk Air

#1 Jangan tekan apa-apa
Pastinya anda tertanya-tanya sama ada telefon masih berfungsi lalu anda menekan semua butang yang ada. Pada peringkat ini, jangan usik butang 'ON' atau mana-mana butang bimbang jika berlaku litar pintas.

#2 Tanggalkan bateri
Tanggalkan bateri dengan secepat mungkin jika anda menggunakan telefon jenis bateri boleh tanggal.


#3 Tanggalkan kad sim dan kad memori
Sekurang-kurangnya jika telefon rosak, anda masih tidak kehilangan data, fail penting, dan contacts.

#4 Lap dengan tuala
Keringkan bahagian luar telefon dengan tuala atau kain kering. Pada langkah ini pastikan air tidak dapat masuk ke dalam speaker.

Berkaitan: Kelebihan dan Kekurangan Samsung S8

#5 Jangan tiup!
Anda dinasihatkan supaya tidak meniup mana-mana bahagian telefon apatah lagi meggunakan pengering rambut. Ini kerana angin yang kuat boleh menolak air masuk ke ruang-ruang lain. Malahan, udara panas pengering rambut menghasilkan wap air dan ini akan merumitkan lagi telefon anda.


#6 Masukkan ke dalam beras
Jika anda masih belum tahu, beras baik untuk menghilangkan kelembapan sama seperti silica gel. Tinggalkan peranti anda dalam beras sekurang-kurangnya 72 jam kemudian cuba hidupkan kembali telefon anda.


Peranti kalis air?

Jika anda seorang pengguna yang lasak, saya cadangkan anda guna phone case tahan lasak yang kalis air.  Ataupun beli telefon pintar yang menyertakan sokongan kalis air. Antara telefon kalis air adalah seperti:


Entri sebelum ini - Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Selamatkan Telefon Masuk Air

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pernah alami telefon masuk air...

    sayangnya tidak dapat diselamatkan kerana tidak ikut panduan seperti di atas...

    ReplyDelete
  2. Owhhh terima kasih kongsikan.. mintak jauh la tepon masuk air.. sayang ooo...

    ReplyDelete
  3. terima kasih share tips..banyak juga jadi kes hanphone jatuh dalam air, kan? :D

    ReplyDelete
  4. thanks share. info yg berguna ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top