Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan

7

Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan. Bulan Ramadan yang bakal menjema  tidak lama lagi, dan pastinya bazar Ramadan menjadi tumpuan umat Islam mencari juadah berbuka puasa. Baik pembeli mahupun peniaga, kita dinasihatkan supaya tidak melakukan pembaziran.

Di Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menjangkakan sisa buangan di bandar ini bakal meningkat sehingga lima kali ganda berikutan cuti sekolah selama dua minggu pada permulaan Ramadan.

Baca: Senarai Taman Tema di Malaysia

Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan

Oleh itu Unilever Food Solutions Malaysia (UFS) berkerjasama dengan MPKB untuk menjayakan Chefmanship Akademi, iaitu program kesedaran buat peniaga dalam memberikan pendidikan tentang pengurusan lebihan makanan bagi mengelak pembaziran.

Pengurus Jualan Nasional UFS, Eric Chong,​ memberi penerangan lanjut tentang Chefmanship Akademi.
Program yang berlangsung di dewan Jubli Perak ini dihadiri kira-kira 400 pengendali makanan bazar Ramadan. Chefmanship Akademi memberikan penerangan tentang kualiti makanan dan perkhidmatan supaya dapat menjadi peniaga bijak dan mengelakkan pembaziran khususnya pada bulan puasa.

Sebagai syarikat pembekal barangan keperluan harian dunia, UFS komited dalam memberi kesedaran kepada orang awam dalam pengurusan sisa dan lebihan makanan. Ini kerana menurut rekod Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  pembaziran  makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

Kesedaran ini penting bukan sahaja untuk mengelak pembaziran bahkan menjaga kebersihan dan kualiti makanan pada bulan Ramadan. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.unileverfoodsolutions.com.my/

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. satu cara supaya tidak ada pembaziran makanan ialah beli secukup rasa..

    jangan berlebihan..

    kalau nak sedekah pada orang susah..

    mereka mereka kekurangan makanan ..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Kempen yang baik. Puasa mengajar kita mengawal hawa nafsu. Kawallah nafsu terutama ketika mencari juadah berbuka puasa nescaya pembaziran makanan inshaAllah dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ni. Kempen macam ni la yang kita kena sokong.

    Kadang2 puasa ni bukan sekadar nak tahan lapar tapi tahan dari pembaziran. Selalu time bazaar tu rasa semua nak beli.. tapi masa berbuka makan sikit je sebenarnya dah cukup kenyang.

    Baki yang lain nak bagi jiran, jiran pun ada makanan cukup untuk 1 kampung makan.. last2 buang kat tong sampah.

    Besok ulang benda yang sama.. tapi tak semua oranglah kan buat macam ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. kadangkala kempen la macam mana sekalipun tapi bila nafsu menguasai diri, tak guna jugak. huhuhu

    ReplyDelete
  5. bagus juga program ni, kadang bulan puasa memang kita terleka yang buat kita lakukan pembaziran ditahap yang kritikal.

    ReplyDelete
  6. Err yang membazir makanan tu peniaga ke pembeli ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2. mungkin kita tak pernah nampak peniaga membazir. lol!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top