31 Mei 2017

Fakta Menarik Filem Wonder Woman


Fakta Menarik Filem Wonder Woman 2017. Jarang sekali kita dapat lihat filem superhero yang menampilkan wanita sebagai watak utama. Sebelum ini penonton hanya disajikan dengan superhero lelaki berbadan sasa, berkostum mengagumkan dan bertarung menyelamatkan dunia. Tahun ini komik DC mempersembahkan filem superhero wanita iaitu WONDER WOMAN.

Diarahkan oleh Patty Jenkins, Wonder Woman dilakonkan oleh Gal Gadot dan turut dibantu Robin Wright, David Thewlis, Chris Pine, dan ramai lagi.


Pengkritik filem berpendapat filem ini mampu menebus kegagalan DC selepas menerbitkan beberapa filem superhero yang mengecewakan terutamanya Suicide Squad.


Wonder Woman mengisahkan tentang Diana, seorang puteri dari bangsa Amazons yang dari kecil lagi dilatih menjadi pahlawan. Apabila pesawat tentera Amerika terhempas berdekatan pulau mereka, dan memberitahu dunia kini sedang berdepan dengan kuasa Jerman, Diana menawarkan diri untuk membantu. Dalam usaha menentang Jerman, Diana mula sedar yang dia mempunyai kuasa istimewa.

Fakta Menarik Filem Wonder Woman 2017

- Wonder Woman adalah filem superhero wanita pertama dalam masa 12 tahun selepas Elektra (2005).

- Pengarah Man Of Steel dan Batman V Superman,  Zack Snyder, membuat penampilan khas sebagai pelakon dalam filem ini.

- Sewaktu penggambaran semula dijalankan, Gal Gadot sedang hamil 5 bulan. Ketika itu perutnya jelas kelihatan dan beliau terpaksa memakai kostum khas berwarna hijau untuk membolehkan imej perutnya disunting.


- Patty Jenkins merupakan wanita pertama yang menjadi pengarah filem superhero.

- Watak Queen Hippolyta pada asalnya ditawarkan kepada Nicole Kidman, namun Kidman menolak tawaran itu. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak untuk filem DC yang akan datang iaitu Aquaman, sebagai Queen Atlanta iaitu ibu kepada Aquaman. Queen Atlantamerupakan sekutu kepada Wonder Woman. 


- Liam Hemsworth dan Alexander Skarsgard antara calon-calon terakhir untuk memegang watak Steve Trevor.  

- Pelakon asal Wonder Woman, Lynda Carter, disebut-sebut bakal membuat penampilan khas dalam filem ini. Walaubagaimanapun jadual kerja beliau tidak mengizinkan.


Fakta Menarik Filem Wonder Woman

- Cate Blanchett merupakan pilihan utama untuk membawa watak Wonder Woman. Namun Blanchette sudah menandatangani kontrak untuk filem Marvel iaitu Thor: Ragnarok (2017).

- Filem ini disekat dari ditayangkan di Lubnan kerana bintang utamanya, Gal Gadot, berasal dari Israel. Ini berikutan Lubnan secara rasmi berperang dengan Israel sejak beberapa dekat lalu.

- Ini merupakan penampilan kedua Gal Gadot sebagai Wonder Woman. Sebelum ini beliau membintangi Batman V Superman.


- Patty Jenkins diberi kepercayaan untuk mengarah filem ini berdasarkan reputasinya sebelum ini. Beliau pernah mengarahkan Monster (2003), filem yang memberikan Anugerah Oscar kepada Charlize Theron.

- Filem ini menjalani penggambaran di England dan Italy. 

Entri sebelum ini - Sinopsis Ku Kirim Cinta Tv3

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Wonder Woman

1 ulasan: