Resepi Kek Batik Sedap

4

Resepi Kek Batik Sedap. Jika ditanya apa juadah kegemaran ketika berbuka puasa, I would say I'm down with anything but beansprouts (taugeh).  Tapi ada satu juadah/pencuci mulut ni yang sentiasa menjadi pilihan iaitu KEK BATIK.

Kek batik memang cukup popular di Malaysia. Pencuci mulut ini dipercayai berasal dari Sarawak kemudian telah dinovasikan oleh penduduk Semenanjung. Tidak dinafikan kek batik turut menjadi antara juadah 'wajib ada' ketika hari raya kerana resepinya cukup mudah dan ringkas.

Ada dua jenis kek batik iaitu yang menggunakan telur dan tanpa telur. Saya dah cuba kedua-duanya dan rasanya seakan sama sahaja. Tapi dalam entri ni saya kongsikan cara buat kek batik tanpa menggunakan telur.

Resepi Kek Batik Sedap

Bahan-bahan:
  • 1 pek biskut Marie 
  • 250g mentega/butter  
  • 200g Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat 

Cara penyediaan kek batik:
  1. Lapik loyang dengan kertas baking supaya senang dikeluarkan apabila sejuk. Loyang bersaiz sederhana.
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.  
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun biskut Marie berselang seli atau gaulkan kesemuanya (ikut citarasa) dengan adunan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan
sumber: iResepi

Bahan-bahan penyediaan kek batik murah

Saya tinggalkan link produk untuk buat kek batik yang anda boleh beli di Lazada kat bawah. Boleh semak sendiri dan bandingkan dengan harga di kedai fizikal. Jauh lebih murah apatah lagi sekarang ada promosi Riang Ria Raya iaitu potongan sehingga 90% (19 May - 30 Jun). Rujuk di SINI.

1. Milo (1kg)
2. Loyang pelbagai saiz
3. Spatula

Untuk lebih banyak pilihan, anda boleh rujuk promosi Delicious Ramadan dan Bazaar Ramadan.


*Fun fact: Tahukan anda, kek batik ini juga merupakan makanan kegemaran Prince William. Tapi di England ia dipanggil Biscuit Chocolate Cake.Kalau tak percaya baca kat laman rasmi Rachel Ray.


I do not own any photos. They are all belong to iResepi. Ini merupakan blogger contest Lazada, untuk sertai rujuk http://www.lazada.com.my/blogger-contest/.

Entri sebelum ini - Cara Selamatkan Telefon Masuk Air

Terima kasih kerana membaca Resepi Kek Batik Sedap
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kek batik memang sedap dan terbaik.. Rasanya sebaria dengan kek lapis.

    ReplyDelete
  2. aku dah malas nak buat.

    aku beli je sekarang kalau nak makan kek batik nih.

    haha

    sejak kahwin ni..

    aku stop memasak, membaking dan segalanya.

    ReplyDelete
  3. wife Acul rajin buat kek batik ni hehe... nyam3

    ReplyDelete
  4. sebelum ni memang buat resepi yang ada telur, lepas ni nak buat yang tak payah pakai telur plak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top