5 Mei 2017

Sinopsis Arluna di Astro Prima


Sinopsis Drama Arluna di Astro Prima. Menggantikan Papa Ricky, stesen televisyen berbayar, Astro, akan membawakan sebuah lagi drama bersiri hebat buat penonton setianya iaitu ARLUNA.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel popular tulisan Rin Ahmad.



Arluna menggandingkan pelakon popular Shaharul Ridzuan dan Anzalna Nasir sebagai teraju utama. Drama rantaian ini turut dibintangi Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, dan Susan Manen.

Arluna bakal bersiaran 8 Mei 2017, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang di saluran Astro Prima (104) dan Maya HD (135).

Sinopsis drama Arluna di Astro Prima

Pertemuan Johan Arif dan Nia Arluna di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik kerana secara tidak sengaja Johan tertolak Arluna ke dalam kolam renang. Mereka ditakdirkan bertemu semula apabila Arluna diterima menjadi pelatih di syarikat rakan baik Johan, Raziq.

Kali ini pertemuan mereka menimbulkan bibit cinta. Arluna menerima lamaran Johan biarpun hubungan mereka masih singkat.

Tidak lama kemudian, bekas kekasih Johan, Fazleen, muncul untuk menagih kembali cinta mereka yang tidak kesampaian kerana dihalang oleh Hanna. Gangguan demi gangguan akhirnya membuatkan Arluna hilang kepercayaan terhadap Johan.

Entri sebelum ini - Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Arluna di Astro Prima

5 ulasan:

  1. AS minat sungguh dengam Anzalna ni. Comel sangatt. Minggu depan start dah la cite ni kan. Papa Ricky dah tamat episod akhir petang tadi kan.
    .
    Jemput baca sini ↘
    Blog Annur Syuhadah

    BalasPadam
  2. Cerita menarik.. Lebih lebih lagi berkaitan cinta

    BalasPadam
  3. pelakon hensem dan lawa.

    memang ramai la orang tengok.

    haha

    BalasPadam
  4. Akhirnya jumpa juga sinopsis cerita Arluna ni. Selalu keluar teaser iklan di tv. Btw, gandingan pelakon utama memang mantap.

    BalasPadam
  5. Oh dah start la semalam ni. Tapi saya tak ada Astro. hehe

    BalasPadam