16 Mei 2017

Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria

Sinopsis Hero Seorang Cinderella

Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria. 'Cik Serba Tahu' bakal berakhir tidak lama lagi dan saluran Astro Ria akan menghidangkan penonton setianya dengan sebuah lagi drama menarik bertajuk HERO SEORANG CINDERELLA.

Drama bersiri 24 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama.

Hero Seorang Cinderella bakal menggandingkan Fattah Amin dan Nur Fazura sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Uqasha Senrose, Zizie Izette, Iswan Ismail, dan Jasmine Suraya.


Ramai yang menjangkakan drama ini bakal mencipta fenomena tersendiri memandangkan ia dibarisi pelakon popular terutamanya Fattah Amin. Tambahan pula ia diarahkan oleh pengarah sama yang mengarahkan Suri Hati Mr Pilot baru-baru ini.

Hero Seorang Cinderella bakal bersiaran mulai 22 May 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Maya HD 

Sinopsis drama Hero Seorang Cinderella di Astro Ria

Sekali pandang, kisah hidup Nura Medina bak cerita dongeng Cinderella. Dia cantik, tapi berhati beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semua hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri, selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya menjadi renggang dan dia jarang dapat merasa kasih sayang dari ayahnya. Ini semua gara-gara dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. 


Datang pula Tengku Ian Uzzam, Prince Charming versi Melayu. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Kepulangan Tengku Ian ke Malaysia dengan satu amanah.
Namun kisah cinta Nura Medina lebih buruk dari cerita dongeng Cinderella. 
Lagu tema/OST: Nur Fazura & Fattah Amin - 

6 ulasan:

  1. suka tengok Fazura yg manis sejak Gol & Gincu..

    BalasPadam
  2. cerita daripada novel nie...

    BalasPadam
  3. cantik fazura pakai tudung

    BalasPadam
  4. betul la ..comei sangat fazura bertudung..

    BalasPadam
  5. Rasa sangat sweet tau pasangan ni.. sweet-matured..

    BalasPadam