Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3

4
Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3


Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3. Sempena bulan puasa, saluran nombor satu negara, Tv3, mempersembahkan sebuah drama bersiri menarik bagi menghiasi Slot Akasia iaitu KU KIRIM CINTA. 

Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan skrip digarap oleh Mohd Mazelan Manan, dan kali ini ia bukan diadaptasi dari novel cinta.  


Diterbitkan oleh Saphire Screen, Ku Kirim Cinta menampilkan gandingan pelakon popular Ayda Jebat dan Redza Rosli, serta dibantu oleh Fahad Iman, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Roy Azman, Nazia Mustafar, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, Zarina Zainuddin, Razak Ahmad, Lan Siro, Rosnah Johari, Nikki Palikat, Ikhram.


Ku Kirim Cinta mula bersiaran pada 22 mei 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di Tv3.

Sinopsis drama Ku Kirim Cinta di Tv3

Zarul dan Nisha sudah lama menjalinkan hubungan cinta. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau, dan itulah keistimewaan Zarul di mata Nisha. Selepas tamat diploma, Nisha menyambung pengajiannya ke Australia, Zaru pula di Kuala Lumpur.

Percintaan jarak jauh mereka hanya dihubungkan oleh email dan WhatsApp sahaja. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama.


Demi tidak mahu Nisha hilang fokus dalam pengajian, Zarul terpaksa merahsiakan penyakitnya. Walaubagaimanapun masih tetap berutus email seperti biasa. Keadaan Zarul semakin kritikal dan dia meminta sepupunya, Farhan menyamar sebagai dirinya untuk membalas email.

Amanat ini diberikan kepada Farhan dan Farhan diminta untuk terus berutus email biarpun Zarul ditakdirkan meninggal  dunia.

Entri sebelum ini - Resepi Kek Batik Sedap

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam2 drama yg best kat tv skg ni. nasib ler acul ni tak berapa gemar tgk tv sgt. kalau tak mmg tiap2 petang n malam mengadap tv je hehe

    ReplyDelete
  2. kalau lakonan Aida Jebat ..memang mantap

    ReplyDelete
  3. Saya suka kalau cerita ada Fazura. Muka dia fresh . Bila tengok lawa je. Sekarang ni bila free tengok drama epik Korea zaman Joseon dulu. Suka tengok baju tradisional negara luar .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top