Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT

9

Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT. Dengan khidmat EXMobile, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang memiliki telefon pintar rasmi yang berjenama OLA.

Ini merupakan cetusan idea pemilik pasukan, Tengku Ismail Sultan Ibrahim dalam memastikan nama JDT terus berkembang. Penyokong JDT juga cukup bertuah kerana ini juga merupakan hadiah buat anda kerana kira-kira 1.5 juta peminat sering melayari platform media sosial Johor Southern Tigers (JST) menggunakan peranti mudah alih.


Telefon pintar JDT , apa yang menarik?

Apa yang menarik tentang telefon OLA ini adalah ia mempunyai integerasi sepenuhnya dan akses ke platform digital rasmi JST. OLA turut menyokong maklumat perisian 'over-the-air' untuk mengemaskini secara automatik maklumat pada Aplikasi Rasmi Kelab Bola Sepak JDT. Selain itu pengguna turut disajikan dengan latar belakang/wallpaper rasmi dan berkualiti yang akan dimuat naik dari semasa ke semasa.

Baca: Lazada Surprise Box 2017

OLA hadir dalam dua warna:

OLA – JDT FC Black Matte Special Edition
OLA – JDT FC White Rose Gold Special Edition

Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT



OLA – JDT FC
Saiz
5 inci
Sistem Operasi
Android 6.0 Marshmallow
Skrin
IPS 12 sentimeter, paparan HD
Memori
2GB RAM + 16 ROM
Pemprosesan
Mediatek MTK6737 Chipset
Kamera belakang
8MP + flash
Kamera hadapan
5MP
Bateri
2000 mAh
Pengimbas cap jari
Disediakan
Kad memori
MicroSD Card sehingga 32GB

Harga smartphone OLA -JDT

Harga telefon pintar JDT hanya bernilai RM599 setiap unit dan ini adalah satu lag kelebihan buat penyokong kerana telefon ini mempunya reka bentuk mewah tapi dijual pada harga mampu milik.

  
Macam mana nak beli? 

Penyokong JDT boleh mendapatkannya di semua cawangan EXMobile seluruh Malaysia serta di Stadium Larkin pada setiap kali perlawanan diadakan. Ia turut akan dijual secara online melalui Official Johor Southern Tigers tidak lama lagi. 


Terima kasih kerana membaca Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT
Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oo jdt pun ada smartphone dia

    ReplyDelete
  2. Wow, sangat kreatif pasukan JDT untuk meraih sokongan peminatnya

    ReplyDelete
  3. Antara spefikasi telefon pintar yang menarik sebab adanya pengimbas cap jari

    ReplyDelete
  4. walaupun aku orang Jdt tapi aku tak beli hp ni. haha. sebab dah ada hp..hehe

    ReplyDelete
  5. Untung la fans JDT ada phone rasmi kelab sendiri. Spesifikasi dia ok jgk.. berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  6. Bagi peminat JDT pasti akan beli..

    Jenama JDT semakin harym sekarang ini

    ReplyDelete
  7. die hard fans mesti beli satu tu.heehe

    ReplyDelete
  8. tak apalah.

    dah ada tiga handset.

    penat nak jaga satu-satu nih.

    haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top