ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix

9

ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix. Naskah yang berkisarkan kehidupan remaja bermasalah  sudah terlalu klise bagi layar Hollywood. Namun tidak bermakna siri terbaharu yang ditayangkan di penstriman popular, Netflix, tidak menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ditonton.

13 Reasons Why mengisahkan Clay Jensen (Dylan Minnette) menerima bungkusan mengandungi kaset yang dirakam oleh Hannah Baker (Katherine Langford), rakan sekolahnya yang bunuh diri dua minggu lalu. Melalui kaset-kaset itu Hannah menceritakan bagaimana, kenapa, dan individu yang bertanggungjawab membuatkan beliau terdorong untuk bunuh diri.


*Ulasan ini TIDAK mengandungi SPOILER

ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix

Diarahkan oleh enam pengarah berbeza, siri 13 episod ini memperlihatkan Clay dan Hannah sebagai narator utama. Penceritaanya juga terbahagi kepada dua iaitu 'past & present' dari sisi pandang Clay pada masa nyata. Manakala ia turut diceritakan melalui voice-over Hannah yang didengar oleh Clay yang memaparkan kronologi sebelum beliau bunuh diri.
"I'm about to tell you the story of my life. More specifically, why my life ended. And if you're listening to these tapes, you're one of the reasons why"
Teknik 'flashback' yang digunakan juga bijak biarpun ia sering digunakan dalam filem lain. Tetapi pendekatan yang digunakan berkesan dan unik. Penonton boleh mengenalpasti babak mana yang berlaku beberapa minggu lalu dan sekarang kerana cinematografi yang berbeza. Manakala Clay pada present time mempunyai luka di dahi.



Siri dikembangkan bersulam suara Hannah menceritakan satu persatu perihal yang berlaku. Ini kerana setiap kaset ditujukan khas buat individu tersebut dan apa yang telah mereka lakukan.  Ia bergerak seiring dengan perjalanan cerita dan dalam masa yang sama memperkenalkan watak seperti Justin, Jessica, Alex, Bryce, dan ramai lagi. Membuatkan siri ini lebih menarik, those charaters... there are all connected.


ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix

Elemen ini menyuntik keterujaan penonton untuk bersama-sama mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Hannah. Satu demi satu rahsia terbongkar sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah kejadian yang membuat Hannah benar-benar nekad untuk bunuh diri?  Lebih menarik, salah satu kaset ditujukan khas untuk Clay.

Jalan cerita terlalu perlahan

13 Reasons Why bergerak perlahan dari episod pertama lagi. Tidak banyak situasi cemas dan babak mendebarkan berlaku kerana lebih banyak tertumpu pada Clay. Bayangkan, memujuk Jessica dan Justin supaya buka mulut sahaja memakan sebanyak tiga episod! Kedegilan Clay untuk mendengar kesemua kaset dan takut untuk mengetahui isi kaset yang ditujukan kepadanya menimbulkan rasa bosan. Keterujaan benar-benar terasa pada episode ke lapan. Mungkin ini cara yang digunakan produksi supaya mengumpul satu kaset = satu episod. Too bad, it didn't work. 

Sama seperti Stranger Things (baca ulasan di sini), siri ini dibarisi majoriti pelakon baharu tetapi mereka memberikan persembahan menakjubkan dan itulah yang menjadi kekuatan utama siri ini. Bagi Katherine Longford, ini pasti menjadi pencapaian hebat sepanjang keriernya. Selain itu, beliau berjaya bertutur dalam loghat Amerika dengan beigtu baik biarpun berasal dari Australia.


13 Reasons Why cukup hangat diperkatakan sejak ia mula dilancarkan pada 31 Mac. Ia terpalit dengan kontroversi di mana banyak pihak mengatakan siri ini boleh menggalakkan remaja untuk bunuh diri. Pada pandangan saya, ini hanya 'publicity stunt' yang dimainkan produksi untuk meningkatkan jumlah tontonan. Taktik licik ini turut digunakan pada Beauty And The Beast

Mesej yang tersirat

Pada pandangan peribadi, apa yang dipaparkan dan 13 Reasons Why tidaklah terlalu sensitif seperti yang dilaporkan media. Because we have seen worse. Apa yang saya lihat mesej yang ingin disampaikan adalah betapa gejala buli boleh meninggalkan kesan psikologi terutamanya dikalangan remaja. Kesan ini bukan sahaja kepada mangsa tapi kepada pembuli.


Ia turut menyampaikan mesej kepada ibu bapa untk sentiasa memantau anak-anak. Mereka mungkin berkelakuan baik di rumah, tapi siapa tahu apa yang mereka lakukan diluar sana.

Secara keseluruhannya, 13 Reasons Why is great. Biarpun perlahan is masih menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton. I'll be waiting for season 2.

#NKSeriesRating
13 REASONS WHY
7.5/10

Terima kasih kerana membaca ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. bagus juga untuk tontonan bersama keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak rasa sri ini sesuai ditonton bersama keluarga. haha!

      Delete
    2. kalau macam tu dengan cik Nik Khazami la paling cun..hehehe jangan marah

      Delete
  2. haishhh kes buli memang membimbangkan...kesan pada pembuli dan juga mangsa buli

    ReplyDelete
  3. tak de masa nak layan siri-siri camni.

    ReplyDelete
  4. Sedih dengan kea buli maklumlah saya pernah dibuli masa kecil dulu.

    Berbaiklah sesama manusia nescaya kita akan senantiasa beroleh kebaikan.

    ReplyDelete
  5. Saya cepat pangkah kalau cerita meleret atau terlalu slow.

    ReplyDelete
  6. okeh.

    macam best.

    boleh pegi tengok ni nanti.

    ReplyDelete
  7. cerita slow memang mudah jadi bosan la nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top