Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017

3

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017. Pos Laju Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh akhir pengeposan item sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang. Ini memudahkan syarikat kurier dan pelanggan itu dalam memastikan segala item dapat dihantar kepada penerima sebelum hari raya.

Bagi anda yang ingin menggunakan khidmat kurier Pos Laju, anda dinasihatkan supaya membuat pengeposan untuk destinasi dalam negara sebelum 21 Jun 2017. Ini membolehkan Pos Laju dapat melakukan penghantaran kepada penerima sebelum hari raya yang dijangka pada 25 Jun 2017.

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017

Semua pusat Pos Laju akan mula ditutup mulai:
  • 23 - 26 Jun 2017 (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • 24 - 27 Jun 2017 (negeri-negeri lain)
Penghantaran selepas 21 Jun akan mengakibatkan barang/item tiba lewat kepada penerima iaitu selepas cuti hari raya.



Diharap informasi ini dapat memberi pencerahan kepada anda yang ingin membuat penghantaran sebelum hari raya. Peniaga online mahupun pelanggan perlu alert dengan pengumuman ini supaya tidak berlaku salah faham berikutan "barang tak sampai-sampai".
  

Terima kasih kerana membaca Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017

Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tgh tunggu barang menang contest ni

    ReplyDelete
  2. Mesti tengah kerja siang malam abam posmen kita nak hantar barang sebelum raya

    ReplyDelete
  3. Alternatif kalau posmen tak ada kalau nak hantar barang tu urgent juga guna runner freelancer.. still berbaloi kalau hantar barang banyak. HUHU

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top