Selasa, 25 Julai 2017

6 Langkah Penting Untuk Dapur Lebih Selamat

langkah jadikan dapur selamat

6 Langkah Penting Untuk Dapur Lebih Selamat. Jika ruang tamu adalah tempat anda sekeluarga berehat, dapur pula adalah tempat si ibu menyediakan hidangan untuk keluarga. Oleh itu dapur wajib dilengkapi dengan pelbagai perkakasan elektrik dan peralatan memasak.

 Disebabkan mempunyai banyak peralatan elektrik, dapur merupakan tempat yang paling merbahaya di rumah. Tidak lama dulu, rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan dengan berita dapur meletup yang berpunca daripada kebocoran gas. Terdapat kes di mana mengakibatkan kulit mangsa melecur sehingga 80%.

Untuk mengelak perkara yang tidak diingin berlaku terutamanya kepada anak-anak kecil, anda boleh ikut 6 tips untuk elak kemalangan di dapur.

6 Langkah Penting Untuk Dapur Lebih Selamat

1. Gunakan peralatan elektrik dengan betul

Pastikan anda membaca cara-cara yang selamat untuk menggunakan peralatan elektrik seperti ketuhar, periuk nasi, atau pengisar yang baru dibeli. Ramai diantara kita yang ambil mudah tidak dengan membuang buku manual sedangkan ia mengandungi maklumat penting.


Bagi barangan lama pula, pastikan wayar dan palam berada dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan betul.   Selain itu, ELAKKAN juga menggunakan extension cord untuk barangan elektrik yang menggunakan kuasa tinggi. Sebaliknya, dapatkan perkhidmatan juru elektrik yang bertauliah untuk tambah lebih banyak soket di dapur.

2. Simpan peralatan di tempat selamat

Pisau, gunting, penyagat, penebuk tin, merupakan peralatan tajam yang wajib ada di dapur. Seeloknya, jadikan tabiat basuh dan lap sehingga kering kemudian terus simpan di tempat selamat seperti laci yang boleh dikunci supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.


Mereka yang mempunai anak kecil pasti sudah terbiasa dengan gelagak si cilik berlari-lari keliling dapur. Untuk mengelak dari alatan berat seperti lesung batu, batu giling, chopping board jenis kayu jatuh ke atas kaki, dapatkan bantuan kontraktor Malaysia berpengalaman untuk menambah lebih ruang kabinet.

3. Pastikan kain dan span pencuci sentiasa bersih

Sekerap manakah anda akan mencuci kain pengelap meja dan span pencuci pinggan? Adakah sekerap anda menggunakannya? Kain pengelap dan span haruslah dicuci dan tidak dibiarkan basah. Antara cara mudah untuk mencuci span dan kain pengelap adalah:
  • Rendam dalam air panas
  • Guna sabun pencuci kain dan berus kotoran degil
  • Bahan peluntur seperti Clorox boleh membunuh kuman pada kain
langkah jadikan dapur selamat
  
4. Guna papan pemotong yang dibenarkan

Papan pemotong yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah y bagi pengusaha ang diperbuat daripada plastik bukannya kayu. Tahukan anda, papan pemotong atau chopping boad jenis kayu lebih sukar dicuci dan boleh menggalakkan pembiakan kuman.

Selain itu gunakan papan pemotong yang berbeza untuk memotong sayur/buah-buahan dengan papan pemotong untuk ayam dan daging bagi memastikan penyediaan makanan yang lebih bersih.

5. Pastikan tong gas dalam keadaan baik

Kebanyakkan rumah di Malaysia masih lagi menggunakan dapur gas untuk memasak berbanding dapur elektrik. Jadikan satu rutin untuk menutup atau cabut hos yang disambungkan pada tong gas setiap kali selepas memasak, dan pastikan hos yang digunakan itu mendapat kelulusan SIRIM.

langkah jadikan dapur selamat

Perhatikan api yang menyala, jika ia tidak sekata, terlalu besar atau anda boleh hidu bau gas yang sangat kuat, matikan api dengan segera. Jangan sesekali cuba untuk membaiki dapur anda sendiri. Dapatkan bantuan handyman untuk periksa sebarang kerosakan di dapur anda.

Semoga artikel ini bermanfaat dalam memastikan dapur anda lebih bersih dan selamat. Lebih penting, ambil langkah proaktif untuk pastikan dapur anda sentiasa berada dalam keadaan kemas agar sebarang kemalangan dapat dielakkan.


Dapatkan bantuan kontraktor yang berpengalaman untuk menambah baik rumah anda di Recommend.my. Recommend.my kini mempunyai lebih 7000 penyedia khidmat di seluruh negara, sedia untuk bekerjasama dengan anda.

Artikel sebelum ini - Fakta Menarik Filem Dunkirk

Terima kasih kerana membaca 6 Langkah Penting Untuk Dapur Lebih Selamat

10 ulasan:

  1. Dapur ni ibarat office bagi wanita. Sebab tu kena sentiasa kemas dan selamat. Perkongsian yg sgt baik utk bacaan kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. perempuan mesti nak orrfice yang kemas dan selamat

      Padam
  2. Saya setuju sangat tentang papan pemotong tu. Kadang2 kita termakan serpihan papan tu.

    Keselamatan ni bukan terletak di gadget. Tak kira tentang keselamatan apa pun. Keselamatan terletak di minda dan juga tindakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu la papan pemotong jenis kayu tak digalakkan

      Padam
  3. dapur kemas nak masak pun semangat..

    BalasPadam
  4. Paling saya risau kalau kebakaran..

    Dapur amat berpotensi. Bahaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup lebih lebih lagi kalau berlakuk kebocoran gas

      Padam
  5. Barang bersepah pun bahaya gak kat dapur Tu takut terlanggar etc kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau anak2 masuk dapur dan suka lari2 lagi bahaya

      Padam