Cara Jimat Data Internet Android

17

Cara Jimat Data Internet Telefon Android. Penggunaan internet untuk kehidupan seharian sudah menjadi satu keperluan. Menggunakannya untuk menghantar pesanan ringkas, panggilan video, mencari maklumat, navigasi, dan media sosial, menonton video/filem dan sebagainya.

Penstriman Netflix, iFlix, menonton video di Youtube, dan semua mengalami ketagihan media sosial. Yang menjadi halangan dalam mengecapi keseronokan melayari internet adalah plan data yang anda langgan dengan syarikat komunikasi.


Untuk mendapatkan data/kuota yang banyak tidak semurah yang disangka. Data tanpa had pula cukup mahal menyebabkan semua pengguna telefon pintar mampu membayarnya setiap bulan.

Jika anda pengguna peranti Android, terdapat beberapa settings yang mampu menjimatkan penggunaan data dalam masa yang sama tidak menjejaskan pengalaman melayari internet.

Cara Jimat Data/Kouta Internet Android

Matikan fungsi yang memuat turun media secara automatik pada WhatsApp

Mungkin anda tidak perasan yang anda memuat turun semua gambar dan video yang dikongsikan dalam aplikasi pesanan WhatsApp. Dengan menyertai banyak 'group' dan rata-ratanya aktif berkongsi gambar, tak hairan data cepat habis.


Matikan kemas kini aplikasi secara automatik pada Play Store

Semak Play Store, jika anda memilih kemas kini secara automatik maka setiap aplikasi akan melakukan kemas kini tanpa kebenaran anda setiap kali versi terbaru dikeluarkan. Proses kemas kini ini memakan data yang banyak. Anda boleh lakukannya secara manual jika mempunyai rangkaian Wifi tanpa had. Pilih Play Store > Setting > Auto-Update Apps > Do not auto update apps.

Cara Jimat Data Internet Android

Minimumkan penggunaan data browser

Tahukan anda, browser (pelayar) seperti Firefox, Chrome, dan Opera memakan penggunaan data yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda kerap 'Google' maklumat, dan mencari gambar pada Google Image. Itu belum termasuk gangguan iklan berbentuk video yang terpapar pada sesetengan laman web.

Baca: Review BOSE Soundsport Wireless

Jika menggunakan Chrome, hidupkan fungsi 'Reduce Data Usage'. Fungsi ini menjadikan saiz laman web lebih kecil dalam masa yang sama tidak mengganggu dalam proses pencarian maklumat.


Guna Google Maps dan Waze secara Offline

Kita kebiasaannya penggunakan navigasi Waze atau Google Map untuk jangka masa yang lama terutamanya ketika melalui perjalanan jauh. Anda boleh menjimatkan penggunaan data dengan menggunakan aplikasi alternatif yang menawarkan sokongan offline.


Walaupun ia kaedah ini tidak memberikan kesan yang maksimum, dengan penjimatan sekurang-kurangnya 300MB sudah melegakan dan boleh digunakan pada saat kecemasan.

Maybe next time saya kongsi tips jimat data untuk iPhone pulak. Cheers!

Artikel sebelum ini - Kelebihan Bisnes Aiskrim

Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Data Internet Android
Tags

Post a Comment

17Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Terima kasih nik. Maznee dan suami dah pun amalkan banyak tips diatas

    Untuk gps tu saja belum pernah cuba

    Nanti Maznee nak cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi kalau tak cuba. tak pasal2 data cepat habis

      Delete
  2. Saya call sahaja yang unlimited..

    Internet ada kouta

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kuota elok la cuba tips kat atas

      Delete
  3. perkongsian yang menarik.. nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. Entahlah. Selama ni saya tak terfikir tu semua. Mungkin malas kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi kalau tak cuba.. memang berkesan utk jimat data

      Delete
  5. btol..auto update ngan auto download ni pemakan data yang begitu agresif...selain makan data auto download bahaya jgk kalau member hantar wasap mengarut haha..bagi kawe nk jimat data..buat flight mode kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... group whatsapp memang mengarut.. video entah hape2

      Delete
  6. Terima kasih untuk info ni , kadang-kadang data habis kuota awal pula sebab leka berfacebook

    ReplyDelete
  7. wah, tips yang sangat berguna..tq sis!!

    ReplyDelete
  8. tips yang berguna nik. nanti nak cuba

    ReplyDelete
  9. nanti nak cubalah, bagus info ni nik

    ReplyDelete
  10. tips yang berguna. patut larung semacam je data, lepas praktikkan tips ni alhamdulillah savingg sikit data hehe thank you!

    jemput singgah ye

    http://www.syakillaazam.my/

    ReplyDelete
  11. macam tu rupanya.info yang bagus.hehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top