6 Julai 2017

Cara Semak Vivo Original


Cara Semak Vivo Original. Ini bukan kali pertama saya terbitkan entri panduan untuk semak telefon pintar original. Sebelum ini saya dah kongsikan cara untuk check telefon pintar iPhone, Samsung, Oppo, dan Lenovo.

Disebabkan entri-entri tersebut mendapat banyak hits, I thought I would share cara untuk semak jenama telefon yang sedang meningkat iaitu Vivo.

Semakin banyak jenama peranti timbul dengan mengeluarkan pelbagai jenis model telefon pintar untuk bersaing dengan jenama terkemuka. Dua tahun kebelakangan ini menyaksikan Vivo, peranti telefon pintar dari China membanjiri pasaran tempatan.

Vivo pernah dinobatkan sebagai pengeluar peranti ke-5 terbesar di dunia. Mana tidaknya, dengan promosi besar-besaran seperti mengambil Datuk Siti Nurhaliza dan muncul dalam filem popular, Captai Amerika: Civil War.


Berikutan Vivo semakin mendapat tempat di hati pengguna, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menciplak peranti Vivo dan menjualnya dengan harga lebih murah berbanding original.


Mangsanya ialah pengguna yangtiada pengetahuan asas gajet dan terperdaya dengan harga rendah yang ditawarkan. Akhirnya pengguna tidak berpuas hati dengan kualiti telefon kerana cepat rosak dan terdapat beberapa ciri tidak berfungsi dengan baik.

Cara Semak Telefon Vivo Original

Anda boleh mengenalpasti ketulenan telefon Vivo melalui:
  • Skrin diperbuat dari kaca yang tidak berkualiti
  • Skrin tidak terang dan jelas seperti telefon asli
  • Butang sensor perlu ditekan dengan lebih kuat
  • Jarak antara butang home, power, dan volume, tampak tidak selari
  • Komponen berdekatan bateri peranti tidak sama seperti original
  • Telefon palsu tidak mempunyai cop yang sah
  • Kamera tidak berkualiti
  • Touch screen tidak lancar 
  • Bunyi speaker pecah
  • Packaging atau kotak telefon berkualiti rendah
  • Peniaga tidak menggalakkan anda menghantar telefon ke Vivo service center jika berlaku kerosakkan, sebaliknya memberitahu kedainya turut menyediakan servis sama.
Semak IMEI Vivo

Setiap peranti original yang dihasilkan mempunyai nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity) tersendiri. Anda boleh temui nombor IMEI pada:

1. Di bahagian Settings > General > About device > Status

2. Kotak telefon. Setiap kotak telefon original akan memaparkan informasi produk. Nombor Imei terletak di atas bar code.


3. Layari http://www.imeipro.info/samsung_imei_check.html dan masukkan nombor IMEI untuk semak sama ada peranti Vivo anda berada dalam pengkalan data.

semak vivo original

Jika peranti anda asli, maklumat telefon akan terpapar. Jika tidak, Vivo anda adalah palsu!

Bagi mengelak dari ditipu peniaga tidak bertanggungjawab, anda digalakkan membeli telefon dari pengedar atau kedai online yang sah seperti Lazada melalui promosi --> Buy Vivo at Best Price


Entri sebelum ini - Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Vivo Original

5 ulasan:

  1. Bagus entri ni . Dapat bezakan yang mana vivo ori dgn copy ori ..

    BalasPadam
  2. bleh dijadikan panduan bila nak beli hp vivo nanti..

    BalasPadam
  3. Good tips untuk pengguna HP Vivo...

    BalasPadam
  4. Vivo merupakan telefon pintar yang menarik...

    pemilik wajib check untuk ketahui ori atau tidak

    BalasPadam