Punca RTM Haramkan Lagu Despacito

11

Punca RTM Haramkan Lagu Despacito. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan dari memainkan lagu hit, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya dengan serta-merta.

Ini berikutan pihak RTM menerima banyak aduan dari orang awam menyuarakan rasa kurang senang kerana lirik lagu nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu berunsur lucah.

Punca RTM Haramkan Lagu Despacito

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan dari terus memainkan lagu itu.

Baca: Ulasan Filem Okja

Lagu Despacito berbahasa Latin ini mula dilancarkan pada Januari lalu dan disebabkan alunan muziknya 'catchy' senang diingati, lagu tersebut menular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lebih membuatkan lagu ini terkenal, penyanyi tersohor Justin Bieber berminat untuk melakukan kolaborasi dengan menyanyikannya dalam Bahasa Inggeris.

punca RTM haramkan despacito

Lirik lucah, tidak sesuai untuk kanak-kanak

Despacito bagaikan satu fenomena baru, ia setanding Gangnam Style yang pernah menjadi viral beberapa tahun lalu. Apa yang saya perhatikan, stesen radio tempatan pula sering memutarkan lagu tersebut. Maka tidak hairanlah jika lagu ini cukup popular.

Walaupun lagu ini sedap didengar, Despacito mengandungi lirik menghairahkan dan tidak sesuai untuk menjadi siulan kanak-kanak tidak tahu maksud sebenar lagu tersebut. Saya sediakan terjemahan lagu Despacito, dan anda nilai sendiri sama ada wajar atau tidak ia menjadi siulan anak-anak kecil.

Maksud lirik Despacito



Artikel sebelum ini - Tarikh Hari Raya Haji 2017 Malaysia

Terima kasih kerana membaca Punca RTM Haramkan Lagu Despacito
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang patut diharamkan pun. Lagipun lagu luar... so biar la kalau diharamkan tiada masalah pun

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak diterjemahkan mana pulak saya faham..

    ReplyDelete
  3. Memang patut pun kena banned , tak rugi apa pun tak dengar lagu seperti ini

    ReplyDelete
  4. o.. kakak tak dan plak nak traslate lagu nih.. tapi muzik catcy memang mudah jadik ikut ikutan..

    ReplyDelete
  5. betul la tu tapi annoying la pada saya sebab asek lagu tu je duk ulang ulang pastu macam2 orang semua nak cover haih

    http://www.syakillaazam.my/

    ReplyDelete
  6. Lagi2 mat salleh ni mmg kena hati2 sikit diorg mmg suka cerita pasal perkara yg x bermoral

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul jangan la sesuka hati main sebut je lirik kalau tak paham maksud, yang risaunye tu budak budak tu senang terikut, mmg kene kawal kan

      http://www.syakillaazam.my/

      Delete
  7. Patutnya lagu ni diharamkan masa nak masuk Malaysia lagi tapi ni bila lagu dah meletop dan popular baru nak haram tak ada guna sebab orang dah suka. Sapa yang tak jalankan tugas ni hurmmm..

    ReplyDelete
  8. Bagus juga la diharamkan walaupun boleh dengar dari youtube dan lain2 sumber..

    Satu tindakan yang baik tapi sebenarnya kalau dengar lagu2 yang popular sekarang ni kebanyakan memang banyak unsur lucah tapi tidak dikenakan tindakan yang sama.

    Semoga bakal diharamkan juga

    ReplyDelete
  9. tu pentingnya pemahaman lyric wakakaka..tp bergantung cara penghayatan jgk...bagi saya layan ke catchy an melodi ok la..jarang org hayati lirik sampai terikut ikut hehe

    ReplyDelete
  10. Mujurlah dah kena banned. Awal2 tu rasa pelik jugak, macam mana la lagu yang lirik punya teruk boleh dinyanyikan kat Malaysia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top