Punca RTM Haramkan Lagu Despacito. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan dari memainkan lagu hit, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya dengan serta-merta.
Ini berikutan pihak RTM menerima banyak aduan dari orang awam menyuarakan rasa kurang senang kerana lirik lagu nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu berunsur lucah.
Punca RTM Haramkan Lagu Despacito
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata,
lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM dan mengambil keputusan
untuk menarik balik kelulusan dari terus memainkan lagu itu.
Baca: Ulasan Filem Okja
Baca: Ulasan Filem Okja
Lagu Despacito berbahasa Latin ini mula dilancarkan pada Januari lalu dan disebabkan alunan muziknya 'catchy' senang diingati, lagu tersebut menular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lebih membuatkan lagu ini terkenal, penyanyi tersohor Justin Bieber berminat untuk melakukan kolaborasi dengan menyanyikannya dalam Bahasa Inggeris.
Lirik lucah, tidak sesuai untuk kanak-kanak
Despacito bagaikan satu fenomena baru, ia setanding Gangnam Style yang pernah menjadi viral beberapa tahun lalu. Apa yang saya perhatikan, stesen radio tempatan pula sering memutarkan lagu tersebut. Maka tidak hairanlah jika lagu ini cukup popular.
Walaupun lagu ini sedap didengar, Despacito mengandungi lirik menghairahkan dan tidak sesuai untuk menjadi siulan kanak-kanak tidak tahu maksud sebenar lagu tersebut. Saya sediakan terjemahan lagu Despacito, dan anda nilai sendiri sama ada wajar atau tidak ia menjadi siulan anak-anak kecil.
Maksud lirik Despacito
Artikel sebelum ini - Tarikh Hari Raya Haji 2017 Malaysia
Terima kasih kerana membaca Punca RTM Haramkan Lagu Despacito
Memang patut diharamkan pun. Lagipun lagu luar... so biar la kalau diharamkan tiada masalah pun
ReplyDeleteKalau tidak diterjemahkan mana pulak saya faham..
ReplyDeleteMemang patut pun kena banned , tak rugi apa pun tak dengar lagu seperti ini
ReplyDeleteo.. kakak tak dan plak nak traslate lagu nih.. tapi muzik catcy memang mudah jadik ikut ikutan..
ReplyDeletebetul la tu tapi annoying la pada saya sebab asek lagu tu je duk ulang ulang pastu macam2 orang semua nak cover haih
ReplyDeletehttp://www.syakillaazam.my/
Lagi2 mat salleh ni mmg kena hati2 sikit diorg mmg suka cerita pasal perkara yg x bermoral
ReplyDeletebetul betul jangan la sesuka hati main sebut je lirik kalau tak paham maksud, yang risaunye tu budak budak tu senang terikut, mmg kene kawal kan
Deletehttp://www.syakillaazam.my/
Patutnya lagu ni diharamkan masa nak masuk Malaysia lagi tapi ni bila lagu dah meletop dan popular baru nak haram tak ada guna sebab orang dah suka. Sapa yang tak jalankan tugas ni hurmmm..
ReplyDeleteBagus juga la diharamkan walaupun boleh dengar dari youtube dan lain2 sumber..
ReplyDeleteSatu tindakan yang baik tapi sebenarnya kalau dengar lagu2 yang popular sekarang ni kebanyakan memang banyak unsur lucah tapi tidak dikenakan tindakan yang sama.
Semoga bakal diharamkan juga
tu pentingnya pemahaman lyric wakakaka..tp bergantung cara penghayatan jgk...bagi saya layan ke catchy an melodi ok la..jarang org hayati lirik sampai terikut ikut hehe
ReplyDeleteMujurlah dah kena banned. Awal2 tu rasa pelik jugak, macam mana la lagu yang lirik punya teruk boleh dinyanyikan kat Malaysia.
ReplyDelete