Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima

5
Sinopsis dendam aurora

Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima. Menggantikan Semusim Rindu, stesen tv berbayar Astro membawa sebuah lagi drama bersiri menarik buat penonton setianya di saluran Prima (105), yang bertajuk DENDAM AURORA.

Diarahkan oleh Feroz Kader dan Riza Baharudin, ini merupakan sebuah lagi drama seakan telenovela terbitan Astro kerana ia bakal bersiaran sebanyak 100 episod.


Dibintangi Ungku Ismail Aziz dan Nabila Huda sebagai pelakon utama, Dendam Aurora turut dibintangi barisan pelakon ternama seperti Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Sharifah Shahora, Dato' Sri Raja Rezza Shah, dan ramai lagi.

Dendam Auro telah pun bersiaran sejak 25 Julai 2017, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Sinopsis Dendam Aurora

Mengisahkan Aurora dipenjarakan atas kesalah membunuh namun dibebaskan lebih awal kerana berkelakukan baik. Setelah bebas, Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Cameron Highlands untuk membersihkan namanya dan keluarga yang tercalar setelah dituduh membunuh Datuk Hamzah. Kepulangan Aurora ditegah neneknya, Octavia Milner.

Kepulangan Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang dan mengejutkan semua pihak terutama bekas kekasihnya, Harris, yang jugak anak kepada arwah Datuk Hamzah.


Sewaktu kepulangan Aurora, Harris yang kini pemilik ladang teh sudah ditunangkan dengan Putri Adrina, iaitu pewaris kepada pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia, Tengku Azhar.

Aurora terkejut apabila mengetahui perniagaan keluarganya menanggung beban hutang yang banyak. Perusahaan teh mereka hampir muflis. Dia pula dipinggirkan penduduk selepas dituduh membunuh. Tidak mudah putus asa, Aurora nekad untuk bangunkan semula kegemilangan syarikat keluarga dengan bantuan Ustaz Hakim.

Baca: Fakta Menarik Filem Dunkirk

Kepulangan Aurora membuatkan Engku Azhar dan pengusaha lain tidak senang duduk. Bimbang jika rahsia kematian Datuk Hamzah bocor, mereka nekad untuk menghuru-harakan kehidupan Aurora demi memastikan rahsia mereka tidak diketahui.


Sementara itu Haikal Hamzah cukup membenci Aurora kerana telah membunuh ayahnya. Namun, selepas hasil siasatan mendapati Aurora tidak bersalah, rasa benci itu bertukar kesal. Dia kagum dengan perjuangan Aurora sehingga membawa kepada perasaan cinta. Melihat adiknya semakin rapat dengan bekas kekasihnya, Harris mula cemburu biarpun dia sudah mempunyai Putri Adriana.

Hubungan Harris dan Putri Adriana kian retak dan Engku Azhar pula senang hati kerana dia sudah lama tidak suka akan Harris. Walaubagaimanapun, dia terpaksa akur dengan putusan anak perempuan kesayangannya yang berkeras ingin berkahwin dengan Harris.

Perkahwinan Harris dan Putri Adriana lebih merumitkan lagi ketegangan yang sedia ada di antara ketiga-tiga buah keluarga ini.

Artikel sebelum ini - 6 Langkah Penting Untuk Dapur Lebih Selamat

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ungku ismail sudah bermain dengan watak psiko haha..pestaim tgk psiko ketika cerita kolong tu..ceriata raya ape ntah tajuk hehe

    ReplyDelete
  2. Cerita ini cukup menarik. .

    Ada masa Jom tonton

    ReplyDelete
  3. Banyak nya sampai 100 episod. Dah lama tak tengok tv. 😄

    ReplyDelete
  4. Menarik drama Dendam Aurora ni. Dah lama tak tengok lakonan otai Kak Dian P. Ramlee dan Dato' Eizlan Yusof.

    ReplyDelete
  5. Minat sangat dgn lakonan ungku haris dan nabila huda sgt menjiwai watak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top