Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer

3

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer. Menggantikan Hero Seorang Cinderalla masih lagi hangat diperkatakan, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri terbaik khas buat tontonan anda iaitu Mencintaimu Mr Photographer. 

Drama terbitan MIG Production hasil garapan pengarah Eyra Rahman ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta yang telah pun ditayangkan bermla 3 July lalu. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD. 
 
Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
 
Mencintaimu Mr Photographer menampilkan gandingan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah  Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, dan ramai lagi. 

Sinopsis drama Mencintaimu Mr Photographer

Aira Qaisara, gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti ibunya walaupun hubungannya dengan mama tidak rapat seperti orang lain. Mamanya diceraikan papa ketika dia masih kecil kerana salah faham menyebabkan Aira dan abang tersayang terpisah. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.


Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Panas baran, garang, tetapi mudah cair bila bersama Aira. Sepanjang kerjayanya, Nazmi pernah berkerja dengan ramai wanita namun meraka tidak mempunyai aura sehebat Aira. 


Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. 

Kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? 

Entri sebelum ini - Ulasan Filem Okja di Netflix 

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah..ada pelakon yang baru namun hebat..

    memang best la cerita ini nantu..

    ReplyDelete
  2. best kan drama nih ada pulak pelakon comel n cute...hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top