Sinopsis My Darling Inspektor Daniel di Astro Ria

12

Sinopsis My Darling Inspektor Daniel


Sinopsis My Darling Inspektor Daniel di Astro Ria. Menggantikan Mencintaimu Mr Photographer yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri, saksikan sebuah lagi drama yang bakal menghiasi slot Mega Drama iaitu MY DARLING INSPEKTOR DANIEL.

Drama 20 episod terbitan Skop Production ini mendapat sentuhan pengarah cukup berpengalaman iaitu saudar Aziz M Osman dan skrip oleh Ayuni Zamani.


My Darling Inspektor Daniel diterajui Aaron Aziz dan Siti Elizad dan turut dibarisi pelakon-pelakon terkemuka seperti Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Elizabeth Tan, Zarul Umbrella, dan menampilkan Shahir AF.

Penonton mungkin akan disajikan dengan drama lain dari kebiasaannya iaitu kahwin paksa. Tambahan pula ia dibintangi oleh pelakon tersohor tanah air.

Sinopsis My Darling Inspektor Daniel

Bersiaran mulai 31 Julai 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Sinopsis drama My Darling Inspektor Daniel di Astro Ria  

Mengisahkan Inspektor Daniel yang baru dipindahkan ke balai polis baharu. Dia ditugaskan untuk berkerja dengan Inspektor Hannah yang dalam diam menaruh perasaan terhadapnya. Sementara itu, Maya, gelisah dan paranoid apabila mendapati dirinya diintip 'stalker'.

Risau akan keselamatan dirinya, Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menyelesaikan kes Maya. Oleh kerana sentiasa berhubung, Daniel dan Maya semakin rapat dan ini menimbulkan cemburu di hati Hannah

OST/Lagu tema: Elizabeth Tan - Darling


Artikel sebelum ini - Neffos Lite RM499 Apa Yang Menarik

Terima kasih kerana membaca Sinopsis My Darling Inspektor Daniel di Astro Ria
Tags

Post a Comment

12Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Lama tak layan drama Melayu baik di TV3 maupun di Astro. Nampak macam menarik ceritanya.

    Asyik malam-malan menjual nasi lemak pandan Mieeza.

    Rezeki wajib dicari untuk perbelanjaan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencari rezeki itu lebih baik daripada menonton TV tuan..

      hehehe

      Delete
  2. ada drama baru ke.. Lama dah tak follow drama kat tv ni. Asyik layan iflix je.. hehe

    Jemput Singgah : Permohonan Ke Kolej Matrikulasi 2018 / 2019

    ReplyDelete
  3. Karya Aziz M. Osman dah lama dinantikan. Tentu menarik drama ni.

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik jugak cerita ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau Aaron Aziz berlakon..memang best

    tak rugi untuk tengok

    ReplyDelete
  6. Aaron Aziz ni mmg ada peminat tersendiri.. mesti ramai yg tak sabar nak menonton ni. Menarik.

    ReplyDelete
  7. Dari awal dah plan nak follow cerita ini sebab hero dia Aaron Aziz.
    Tapi dah dua malam follow macam kurengggg... sikit tak tahulah esok lusa huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. I tgk cerita ni sb hero die aaaron aziz. N y heroin die berlakon jd polis cm tu, xde feel yg u tu polis bahagian crime, please buat research pasal pegawai polis. Serius wktu scene u dgn penjenayah i rase mcm nk tutup tv. U mmg berbakat dlm lakonan sis. But bile u berganding dgn aaron please mantapkan lg lakonan u g tgk cm mane polis pmpuan buat keje. Bkan selalu aaron berlakon drama, bile heroin x betul2 commit dlm drama ni, serius i rase mcm arghhhhh....no words to describe.... Please do something woman...

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak nengok abam AA berlakon. Kali ni jadi polis dengan kakak Erra mesti best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top