Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Tv3

4
pingga tak retak nasi tak dingin

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin di Tv3. Berakhirnya Ku Kirim Cinta, kini Tv3 membawakan sebuah lagi drama menarik di Slot Akasia buat tontonan anda. Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bakal bersiaran mulai 10 Julai 2017.

Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan skrip digarap oleh Sofia J Rhyland ini merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi novel cinta popular. 

Dibintangi Raysha Rizrose dan Azrel Ismail sebagai pelakon utama, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin turut dibarisi pelakon hebat seperti Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid. 


 Bersiaran bermula 10 Julai 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Tv3

Yuhanis menerima berita tunangnya, Sharul Nizam, enggam menikahinya di hari perkahwinan mereka. Bimbang maruah keluarga tercalar, Yuhanis terpaksa merayu supaya abang Sharul, Saiful Mizan, supaya menggantikan tempat adiknya. 

Pada awalnya, Mizan menolak sekeras-kerasnya cadangan itu kerana tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Yuhanis. Tambahan pula, dia masih trauma dengan perkahwinan selepas bercerai dua tahun lalu.


Saiful Mizan akhirnya setuju namun dia menetapkan syarat iaitu dia tidak mahu Yuhanis mengganggunya dan ikatan perkahwinan mereka hanya sementara.

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula jatuh hati terhadap Yuhanis. Ini semua kerana sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan dengan baik. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis. 

Pada masa yang sama, Suraya kembali untuk mendapatkan kembali bekas suaminya.

OST/Lagu tema: Dayang Nurfaizah - Separuh mati Ku Bercinta

Entri sebelum ini - Cara Semak Vivo Original

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Tv3
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top