3 Julai 2017

Ulasan Filem Okja di Netflix


Ulasan Filem Okja di Netflix. Sebelum ini saya pernah review siri original yang ditayangkan di penstriman tv, Netflix. Tapi tak pernah pulak review filem. Apa yang membuatkan filem Netflix ni popular, biarpun kebanyakkannya adalah 'filem indie' yang berbajet rendah dan kurang promosi, naskah yang dihasilkan cukup berkualiti dan dibintangi barisan pelakon A-listers.

Dah banyak filem original Netflix yang saya dah tonton, filem terakhir adalah Sand Castle yang di bintangi Nicholas Hoult. Beberapa hari lepas saya sempat menonton filem terbaru iaitu Okja. Jika anda pernah menonton King Kong (2005) atau E.T (1982), Okja adalah sebuah lagi filem yang mengangkat tema seumpamanya.  


Okja dibarisi pelakon terkemuka seperti Tilda Swinton, jake Gyllenhaal, Lily Collins, Steven yeun, dan Paul Dano.

Sinopsis filem Okja

Demi menangani krisis kekurangan sumber makanan akibat populasi bumi yang semakin meningkat, Mirando Corp, sebuah syarikat kejuruteraan genetik yang diterajui Lucy Mirando mencipta 'superpig' iaitu haiwan hasil kacukan beberapa binatang lain. Dunia terpaksa tunggu selama 10 tahun untuk menikmati dagingnya.


26 ekor superpig diagihkan dibeberapa tempat seluruh dunia sebagai sebuah pertandingan untuk melihat siapa berjaya memelihara superpig yang paling sihat. Mirando Corp, melihat idea ini bukan sahaja untuk menyelamatkan ekosistem tetapi bisnes jangka masa panjang.

10 kemudian, superpig bernama Okja yang dibela oleh petani bersama cucunya, Mija, diangkat sebagai pemenang kerana Okja memiliki kesihatan yang paling baik berbanding yang lain. Sebahagian dari perjanjian, Okja, perlu dikembalikan ke makmal di New York dan ini meresahkan Mija kerana terlalu menyayangi Okja. 


Ulasan Filem Okja di Netflix

Diarahkan oleh Bong Joon-ho, Okja disifatkan sebagai filem bergenre sains fiksyen/drama yang segar kerana ia tidak diadaptasi dari mana-mana sumber atau 'remake'. Ini adalah salah satu faktor kenapa saya menontonnya.

Jika anda pernah menonton filem arahan Bong, anda pasti sudah dapat mengagak plot Okja kerana Bong sentiasa menyelitkan unsur kemanusiaan dan politik dalam bentuk sindiran. Okja tidak hanya tertumpu kepada superpig malah memberi gambaran terhadap golongan atasan hari ini yang mengaburi mata rakyat untuk mengaut keuntungan biarpun ada pihak yang tertindas.

Pada pertengahan cerita, penonton diperkenalkan dengan kumpulan ALF (Animal Liberation Front) iaitu aktivis yang menentang kezaliman terhadap haiwan tampil untuk menyelamatkan Okja dan spesis superpig dizalimi.


Biarpun tidak banyak aksi yang dipaparkan, penonton tetap terhibur terutama ketika misi menyelamatkan Okja dari dihantar ke Amerika. Selain itu anda dapat melihat perkembangan setiap watak walaupun watak itu hanya muncul dalam tiga babak sahaja. 


Bercerita tentang watak, Tilda Swinton is a master at playing as an evil queen. Jake Gyllenhaal is Jake Gyllenhall, there's nothing he couldn't do. Pada masa sama, jalan cerita tidak hilang fokus dan masih terarah kepada Okja. Selain superpig yang menggunakan teknik CGI turut nampak realistik dan tidak kaku. 


Jika dinilai dari segi plot, ia mudah diramal dan perlahan. Sesuai dengan genrenya sebagai drama.

Okja seperti menyindir pengusaha ternakan yang memelihara, menyembelih dan menjual daging segar di pasaran. Si pembangkang, hanya membangkak membabi buta sedangkan dia sendiri melanggar peraturan.

It's a fun movie, mungkin selepas menonton Okja, anda akan jadi vegetarian. 

OKJA 
7/10


Entri sebelum ini - Pengalaman Beli Barang di Hermo

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Okja di Netflix

3 ulasan: