22 Ogos 2017

Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017

Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017

Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017. Berkunjung ke Pulau Pnang tidak akan lengkap tanpa menyeberangi Jambatan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun rakyat negeri itu serta pelancong tidak akan dapat melalui jambatan kedua terpanjang di Malaysia ini ia ditutup selama setahun bermula 22 Ogos 2017 hingga 21 Ogos 2018.

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup selama setahun oleh pihak PLUS Malaysia Berhad untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan yang akan dilakukan secara berjadual.

Baca: Travel Lebih Jimat Dengan Potongan RM100 Dari AirAsiaGo, Dapatkan Kod Promo Di Sini!

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, penyelenggaraan dilaksanakan untuk memastikan struktur kabel berada pada tahap terbaik untuk keselamatan pengguna jambatan itu.


Ini kerana kabel merupakan elemen utaman binaan Jambatan Pulau Pinang dan ia perlu diperiksa secara meyeluruh setiap empat tahun. 

Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017

Penutupan melibatkan Laluan Arah Timur (Pulau Pinang ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya.

Lorong kecemasan dan perlahan akan ditutup selama enam bulan di setiap arah manakala lorong tengah akan ditutup pada waktu malam.

Lorong lencongan akan dibuka jam 4 petang sehingga 8 malam (pulau ke seberang ) dan 6 pagi sehingga 10 pagi (Seberang ke Pulau ) di kedua-dua arah selama enam bulan.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan alternatif lain seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menaikki feri.
Sumber: Kosmo

Baca: Cara Dapatkan Tiket Konsert Ed Sheeran Live in KL dengan Cornetto

Fakta menarik Jambatan Pulau Pinang
  • Jambatan yang menghubungkan Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
  • Jambatan sepanjang 13.5 km ini dibina pada tahun 1982.
  • Kedua terpanjang di Malaysia dan kelima terpanjang di Asia Tenggara.
  • Mengambil masa selama 3 tahun untuk dibina dan menelan belanja kira-kira RM850 juta.
Artikel sebelum ini - Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx

Terima kasih kerana membaca Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017

7 ulasan:

  1. Penyelengaraan memang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan pengunaa dan tahap ketahanan jambatan :)

    BalasPadam
  2. Ho ho nasib baik penutupan ni tak menjejaskan saya :)

    BalasPadam
  3. nice sharing sis... esk akak nk p png, sgt berguna info ni...

    BalasPadam
  4. dah lama pun jembatan ni, lagi pun jembatan kedua dan feri ada sebagai alternatif

    BalasPadam
  5. Lama dah tak pegi pulau pinang makan nasik kandaq

    BalasPadam
  6. Bagus perkongsian ini. Saya baru rancang ke Penang hujung tahun ni.

    BalasPadam