26 Ogos 2017

Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3

Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3

Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3. Menggantikan Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang telah berakhir minggu lalu, Tv3 bakal menyajikan penonton setianya dengan sebuah lagi drama bersiri menari bertajuk MEH SANDAR LAGI bagi mengisi Slot Akasia.

Untuk pengetahuan, Meh Sandar Lagi merupakan kesinambungan drama Meh Sandar Padaku yag pernah bersiaran beberapa bulan lalu. Berikutan menerima sambutan hangat dari penonton, Tv3 menghadiahkan sekuel kepada drama ini buat penonton yang masih tidak puas menyaksikan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah.

Baca: Cornetto Kini Mengadakan GIVEAWAY Tiket Konsert Ed Sheeran Live in KL 2017

Drama terbitan Zeel production dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini hanya bersiaran sebanyak 8 episod dan dibarisi pelakonpelakon seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin.

drama meh sandar lagi

Meh Sandar Lagi mula bersiara pada 28 Ogos 2017, setiap Isnin hingga Khamis Jam 7 malam hanya di Tv3.

Sinopsis drama Meh Sandar Lagi di Tv3

Afnan Tasneem dan Dr. Syed Nadzhan baru sahaja bergelar suami isteri. Walaubagaimanapun, kebahagiaan mereka hanyalah sementara sahaja. Rumah tangga yang dibina kini diuji dengan kehadian doktor wanita, Dr Sandar yang kini berkerja makmal penyelidikan Nadzhan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Tasneem menerima surat dari ibu kandung Nadzhan yang telah lama menghilangkan diri ingin kembali bertemu anaknya. Nadzhan tidak begitu senang dengan berita ini kerana dia sudah lama tidak berjumpa ibunya bahkan, masih marahkan wanita itu kerana meninggalkan mereka.

Sebagai seorang isteri, Tasneem berasa dia perlu satukan ikatan ibu dan anak ini walaupun dia tahu Nadzhan akan menolak cadangannya mentah-mentah. Namun, kerana dia tidak mahu suaminya jadi anak derhaka, dia terpaksa bertahan dan terus melaya karenah suaminya. Apatah lagi dengan kehadiran Dr. Sandra, keadaan jadi bertambah rumit kerana suaminya seakan tertarik dengan doktor cantik itu.

Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3

Artikel sebelum ini -  Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3 

6 ulasan:

  1. ada part 2 rupanya drama ni..

    BalasPadam
  2. kalau Mira Filzah berlakon macam best je..

    boleh tengok Isnin nie..

    BalasPadam
  3. Mira Filzah!!! Alif Aziz!! dedua tengah hot nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. masing-masing ada kisah panas yang tersendiri

      Padam
  4. Da lama x tengok drama, sejak ade naak ni.. Huhuhu

    BalasPadam
  5. Berebut dengan anak tgk upin ipin... akhirnya cuti yg lepas ni dapat tengok jugak.. 😊

    BalasPadam