Tips Tingkatkan Jualan di Instagram. Fenomena shopping atas talian bukan lagi perkara baru. Selain portal rasmi, laman sosial platform alternatif kepada kaki shopping. Dengan akses media sosial pada telefon pintar, tablet, dan komputer semakin meluas, kini anda boleh membuat urusan jual beli dengan mana sahaja.
Perkembangan teknologi menjadikan shopping online cukup popular dan tidak terhad hanya pada portal beli-belah gergasi sahaja. Hal ini mendorong peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk sama-sama memasarkan produk mereka. Berniaga di atas talian kurang berisiko dan modal yang rendah.
Kenapa Instagram menjadi pilihan?
- Facebook terlalu banyak iklan
- Produk mudah dicari menggunakan hashtag
- Instagram sebagai media sosial yang paling lebih mudah digunakan
- Instagram dimiliki oleh setiap golongan.
- Ringkas tapi padat
Berkaitan: 3 Kelebihan Instagram Live Bisnes Online
Sebelum ni saya pernah terbitkan entri Cara Berniaga di Instagram. Jadi kalau anda dah ada akaun Instagram berikut merupakan beberapa tips mudah untuk tingkatkan sales!
Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Muat naik gambar yang berkualiti
Gambar adalah segalanya di Instagram. Pastikan anda memuat naik gambar yang berkualiti dan bukannya tangkap muat sahaja. Ingat, pelanggan akan beli apa yang mereka lihat. Kalau gambar pun tak berkualiti, bayangkan produk yang bakal mereka terima nanti.
Anda tak perlu kamera mahal untuk merakam gambar kerana kebanyakkan telefon pintar sekarang sudah terbina kamera yang berkualiti. Anda hanya berlu bijak cari sudut menarik dan gunakan aplikasi suntingan gambar seperti VSCO, Dark Room, Snap Seed, dan banyak lagi. Ini menunjukkan anda benar-benar serius dalam bisnes online sekaligus meyakinkan pelanggan.
Respon terhadap komen
Komen dan jumlah 'like' menunjukkan mereka berminat dan anda patut gunakan peluang ini dengan sepenuhnya. Tidak memberikan respon atau lambat melebihi 24 jam bagaikan anda tutup kedai tidak mahu berniaga.
Guna hashtag berkualiti
Tidak seperti Facebook dan Twitter, Instagram lebih memfokuskan penggunaan hashtag. Infact, lebih banyak hashtag, lebih banyak pendedahan. Jangan lupa menggunakan hashtag yang berkaitan dan sesuai dengan produk.
Contohnya anda jual jam tangan, guna hashtag #jamtangan #jamtanganmurah #jamtanganmalaysia supaya mudah dicari pelanggan. Jangan pula nanti letak puluhan hashtag yang tidak berkaitan kerana ini dikira spam dan tampak seperti kedai online murahan. There, I said it.
Manfaatkan Instagram Stories dan Instagram Live
Dengan fungsi Instagram Live dan Stories yang semakin popular, rugi jika anda tidak menggunakannya sebaik mungkin. Seperti yang telah saya sebut pada artikel Cara berniaga di Instagram peniaga boleh pelbagaikan bentuk promosi dengan menggunakan dua fungsi baru ini.
Ok, tu baru sikit. Kalau nak tahu dengan lebih detail, boleh rujuk panduan Instagram Kaboom. Kerana ebook ini menjelaskan satu persatu teknik seperti:
- Langkah meletupkan jualan
- Cipta Pelanggan
- Bina kedai IG
- Teknik kumpul followers
Artikel sebelum ini - Ulasan Filem To The Bone
Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
memang ada banyak peluang untuk berjaya di Instagram ni
ReplyDeletesejujurnya saya baca habis artikel ini..
ReplyDeletesaya pun baru main instagram..
memang syok la layan instagram kerana ramai awek cantik post gambar mereka.
hehehe
mahu tambah kawasan ka tuan ? hahaha
Deletebagus tip-tip yang dikongsikan
ReplyDeletesaya pun baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online
instagram salah satu platform terbaik pasarkan produk kita
saya akan cuba praktikkan tip yang diberikan
Thanks for sharing
terima kasih untuk tipsnya.. hee~ saya memang penggiat aktif instagram.. nanti boleh gunakan tips yang sis bagi tadi..
ReplyDeletebagus tipsnya, saya nak buatla nanti. mmg kena belajar lagi bab ig ni
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar dan selamat pagi selasa sis Nik khazami
Maznee tak tahu langsung pakai instagram
walaupun pernah beli dvd teknik pemasaran instagram
hehe
Lebih baik fokus pada satu sampai pandai kan
Penat nak kejar semua benda
Wow!
ReplyDeleteTips yang sangat bagus! Tq..
gambar menarik..hashtag popular..tu memang adat instagram..dan satu lg dapatkan follower hihih..visit my ig la dan sebagainya hehe
ReplyDeleteBelum try lagi instagram story tu. Ramai cakap bagus feedback kalau guna tu
ReplyDeletesaya dah tak guna instagram sekarang nih.. akaun ada lagi. cuma nak fokus pada yang sedia ada jer..
ReplyDeleteguna media apapun yang penting kena konsisten dan ikut trend terkini.. kalau baru create ig sehari terus nak aim follower beribu memang takde la jawabnya.. Anyway, tq for the tips.
ReplyDeleteInstagram ni kalau diteliti dengan betul pemasarannya agak luas , saingan sengit seperti facebook
ReplyDeleteHi Nik. Thanks for the tips!
ReplyDeleteCik Lisa tak pandai lagi selok belok insta ni. Banyak benda nak kena belajar lagi.
Sebab tu rasa syioknya jumpa ada entri pasal ni.
Thank you! ;)
Thanks kongsikan tentang Insta ni. Baru-baru ni, saya pun ada beli buku pasal pemasaran instagram. Memang cara pemasaran dia sedikit berbeza dengan lain-lain social media.
ReplyDeleteThank you for sharing the tips
ReplyDeleteterimakasih dah dedahkan tips berjualan di instagram ini , follower masih sedikit jadi belum bisa berjualan di instagram
ReplyDelete