Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017

11

Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017. Jika anda seorang kaki travel atau pernah membuat tempahan online, nama Traveloka pasti tidak asing lagi. Aplikasi tempahan pelancongan domestik dan antarabangsa ini sentiasa pilihan sesiapa sahaja kerana Traveloka sentiasa memberikan tawaran hebat dan harga terbaik.

Berkaitan: Tempat Shopping dan Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Traveloka menyediakan lebih 100,000 di seluruh dunia dan berkerjasama dengan kira-kira 70 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa. Ini semua untuk pelanggan mereka yang ingin travel menikmati percutian dengan harga terbaik.

Pasti ada sahaja promosi menarik di Traveloka, kalau tidak masakan Traveloka diangkat sebagai aplikasi tempahan terbaik di Asia Tenggara?

Tahun 2017 menjadi tahun gemilang buat negara kita kerana menjadi tuan rumah temasya Sukan Sea ke-29. Traveloka mengukuhkan lagi kedudukan mereka dengan menjadi Penaja Emas dan Penaja Online Travel Partner untuk Sukan Sea KL 2017 yang sedang berlangsung dengan gilang-gemilang sekarang.


Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017

Promosi Hello Malaysia

Traveloka bukan suka-suka je nak sponsor, tapi penajaan ini memberi manfaat kepada pelanggan mereka yang ingin melancong sempena Sukan Sea. Sebagai penaja rasmi pelancongan, Traveloka mengadakan promosi Hello Malaysia iaitu tawaran eksklusif untuk mana-mana tempahan tiket penerbangan ke destinasi dalam Malaysia dengan diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan.


Promosi hebat ini hanya berlangsung sepanjang temasya Sukan Sea bermula 7 - 31 Ogos 2017 sahaja. Kebetulan pulan Sukan Sea ni berlangsung ketika cuti sekolah dan dekat dengan hari Merdeka, jadi inilah masa terbaik untuk bercuti dan lihat tempat-tempat menarik di negara sendiri bersama keluarga atau rakan. Untuk tempahan, sila ke https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia. Anda juga boleh explore aplikasi Traveloka melalui Google Play Store dan App Store.

Live Streaming Sukan Sea 2017

Sebagai salah satu penaja Sukan Sea, Traveloka turut membawakan siaran Live Streaming di mana anda dapat menyaksikan acara yang sedang berlangsung secara LIVE melalui Facebook LIVE dan Youtube LIVE di laman rasmi >> Traveloka KL 2017. Anda boleh menyaksikan Sukan Sea secara real time di mana sahaja! Lepas ni tak ada alasan lagi kalau terlepas acara kegemaran.


Saya dah cuba tonton live stream tadi. Dapat tengok detik kemenangan Shazlin Zulkifli dalam acara boling. Laju je, tak lag langsung. 

Contest

Sambil-sambil tengok sukan, anda juga berpeluang memenangi kupon Traveloka dengan menyertai contes mudah iaitu meramal pemenang emas. Instructions contest adalah seperti berikut.


- Pilih acara untuk anda meramal pemenang. Anda dibenarkan pilih satu acara setiap hari.
- Untuk sertai contest, cuma masukkan email dan negara yang diramal menang.
- Hantar dan kongsi jawapan di media sosial.
- Memandangkan acara berbeza dipertandingkan, anda boleh menyertainya setiap hari.

Hadiahnya cukup lumayan! Jika berjaya meramal dengan tepat, anda menerima RM50 dan RM100 untuk pemenang terpantas! Hadiah keseluruh berjumlah RM45,000. Dah ramai yang menang, anda mungkin pemenang seterusnya! Join di sini >> http://travelokakl2017.com.my/contest/

Booth Traveloka

Bagi yang berpeluang berkunjung ke Stadium Bukit Jalil, anda sangat bertuah. Luangkan masa anda dengan singgah ke booth istimewa Traveloka. Sebab banyak aktiviti menarik serta peraduan yang team Traveloka jalankan. Sebab hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 hanya untuk peraduan di booth Bukit Jalil sahaja.

Rugi kalau tak singgah booth Traveloka. Siapa tahu anda tidak akan pulang dengan tangan kosong selepas penat bersorak untuk Team Malaysia?


Bukannya selalu Malaysia boleh jadi tuan rumah acara sukan terbesar di rantau Asia ni.. Lebih membanggakan apabila Malaysia kini mendahului pungutan pingat emas. Pada saat entri ini ditulis Malaysia kini selesa ditangga teratas dengan mengumpul jumlah pungutan emas paling banyak.

Jika Malaysia muncul juara keseluruhan, bukankah manis kalau dapat meraikannya pada Hari Kebangsaan nanti? Laungkan sokongan anda kepada atlet Malaysia dan ayuh Bangkit Bersama!!

Artikel sebelum ini - Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos

Terima kasih kerana membaca Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. semoga Malaysia terus kekal sebagai sebagai juara dalan SEA GAMES 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia dah sah sebagai juara keseluruhan... yay

      Delete
  2. Traveloka dan acara rasmi besar macam ni tak dapat dipisahkan.

    Moga Sukan Sea ni Malaysia menang. Tengoklah nanti konfem Malaysian ni bila dah menang hurra hurrey la jalan sana sini konfem guna Traveloka ..

    Terbaikkan promosi dia ..

    ReplyDelete
  3. Terbaik promosi Traveloka ni.. Boleh raikan kemenangan Malaysia dengan traveloka.. #bangkitbersama

    ReplyDelete
  4. Siap ada live streaming dan contest lagi tu! memang BEST!

    ReplyDelete
  5. memang berkaitan...kalau nak tgk sukan mesti ada tempat menginap kalau duk jauh..traveloka la jawapannya

    ReplyDelete
  6. Teringat iklan Traveloka raya. Penajaan seperti ini boleh menjadi salah satu peluang untuk memperkenalkan Malaysia. Masih sempat untuk merebut diskaun dr Traveloka.

    ReplyDelete
  7. Pembukaan Sukan SEA yang gemilang dan diakhiri dengan kemenangan secara keseluruhan sebagai pengumpul pingat emas terbanyak. tahniah Malaysia

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..... Malaysia berjaya sebagai juara keseluruhan tetapi gagal dapat ibu pingat emas dalam acara bola sepak lelaki.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top