2 Ogos 2017

Ulasan Filem To The Bone


Ulasan Filem To The Bone. Menghidap eating disorder (gangguan pemakanan) atau bahasa saintifiknya 'anorexia' dan ingin mencegahnya bukan satu perkara yang mudah. Apatah lagi eating disorder diklasifikasikan sebagai penyakit psikiatri.

Penghidap eating disorder akan mengalami penurunan berat badan yang ketara akibat tidak mahu makan, malah membenci makanan. Pada mereka sesuap makanan boleh mengakibatkan obesiti. Bukan itu sahaja, pesakit juga mengalami kemurungan dan sentiasa mengasingkan diri.

Natijahnya, penghidap eating disorder memerlukan sokongan terbaik dari orang sekeliling supaya mereka tidak berasa disisihkan. Lebih-lebih lagi pesakit bergelar remaja yang melalui proses mematangkan diri.

Ulasan Filem To The Bone

Itulah yang cuba dibangkitkan dalam To The Bone, iaitu filem original Netflix arahan Marti Noxon yang terkenal sebagai penerbit siri televisyen.

To The Bone yang mula ditayangkan sejak 14 Julai lalu mengutarakan kisah Ellen (lakonan Lily Collins), penghidap eating disorder berusia 20 tahun yang bergelut untuk sembuh setelah gagal dalam beberapa rawatan sebelum ini. Tiada tanda-tanda berat badannya semakin meningkat bahkan Ellen semakin kurus.

Berkaitan: Ulasan Filem Okja

Pengarah: Marti Noxon
Pelakon: Lily Collins, Keanu Reeves, Liana Liberato
Genre: Drama, komedi
Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.

Ulasan Filem To The Bone di Netflix

Sebagai penghidap anorexia, semuanya telah ditempuhi Ellen. Gagal dalam rawatan, menyertai kumpulan sokongan, kaunseling, dibuang dari program terapi kerana tidak mengikut jadual pemakanan. Semuanya tidak menjadi kerana dia masih takut untuk menjamah makanan, tidak bersosial, dan dalam dia mengamalkan sit-up.

Tekanan yang dialami Ellen semakin buruk apabila mentah-mentah menolak tawaran ibu tirinya menjalani rawatan dengan doktor pakar kerana dia tahu dia akan gagal. Ellen akhirnya bersetuju kerana tertarik dengan cara Dr William Bekham (lakonan Keanu Reeves). Ellen ditempatkan di rumah pemulihan yang turut dihuni beberapa pesakit lain.


Saya sempat menonton filem ini beberapa hari selepas ia dilancarkan di Netflix dan tidak dinafikan To The Bone mempunyai jiwanya yang tersendiri. Ini bukan kali pertama naskah berkisarkan anorexia diterbitkan. Tapi filem ini dirakam dari sisi yang berbeza. Ia lebih telus dan sinis. 

Realistik

Noxon berani dalam menyentuh isu-isu sensitif yang berlaku dikalangan masyarakat hari ini seperti ketagihan, body shaming, implikasi media sosial, dan LGBT. Isu-isu ini diucapkan oleh karakter dengan bersahaja dan cukup realistik. 

Ulasan Filem To The Bone

Malah filem ini lebih menjurus kepada tekanan yang dihadapi oleh pesakit secara mental dan fizikal. Menonton To The Bone mengingatkan saya kepada filem air mata The Fault In Our Stars.

Berkaitan: Review Buku -  The Fault In Our Stars

Mesej jelas

Pun begitu saya tertarik bagaimana jalan ceritanya meneroka permasalahan dari sudut konteks yang lebih luas. Mesej To The Bone cukup jelas dengan memberitahu penonton betapa penyakit eating disorder boleh mempengaruhi fizikal bahkan mental. Gangguan pemakanan turut memberikan kesan buruk terhadap keluarga dan orang disekeliling. Eating disorder juga boleh membunuh jika berada ditahap kritikal. 

Persembahan mantap Collins

Pujian harus diberikan kepada tunjang utamanya, Lily Collins. Beliau berjaya menurunkan berat badan untuk memainkan watak Ellen. Transformasi fizikal sering dilakukan oleh bintang Hollywood. Tapi Collins tidak membenarkan faktor itu sahaja dinilai penonton. Ia bergerak seiring dengan persembahan lakonannya yang membuatkan watak Ellen benar-benar mengalami kemurungan. Collins telah memberikan lakonan terbaik sepanjang kariernya. I bet her father, Phil Collins, would be so proud. 

Ulasan Filem To The Bone

Jalan cerita agak perlahan

Jika dinilai dari segi jalan cerita dan plot, To The Bone dilihat agak perlahan. Transisi dari satu babak ke babak lain memakan masa agak lama. Manakala karakter penghuni rumah pemulihan bagaikan ditokok tambah untuk meraih simpati penonton.

Secara kesuluruhannya To The Bone adalah filem realistik yang mendedahkan masalah yang tidak disedari sedang berlaku kepada penonton. 

TO THE BONE
7.8/10


Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem To The Bone

12 ulasan:

  1. Bagus penerbit dan pengarah nak buat cerita macam ni... Mungkin sedikit sebanyak boleh bagi pengajaran kat orang luar tu... Too much diet pun bahaya... Moral of the story... Jaga pemakanan dan bersyukur dengan apa yang ada...

    BalasPadam
  2. Perkara ini lebih kepada emosi..

    Settle emosi.. Ok la tu.

    BalasPadam
  3. Perkara ini lebih kepada emosi..

    Settle emosi.. Ok la tu.

    BalasPadam
  4. Tak sangka kan , eating disorder pun bahaya ... risau juga kat kawan2 yang suka sangat diet tu.. dah macam bulimia dah..

    BalasPadam
  5. Nampaknya cerita ini agak menarik. Bahaya sebenarnya klau berada dalam keadaan anorexia ni boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif.

    BalasPadam
  6. Saya pernah buat presentation untuk penyakit ni..

    memang bahaya kalau tak ditangani sebab dalam fikiran pengidap disoder ni dia takk cukup kurus dan masi gemuk walhal dah tulang2 dah

    huu.. Kekurangan nutrisi antara masalah besar yang dihadapi mereka ni

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Jalan cerita yang menarik banyak bermain emosi.

    BalasPadam
  9. Cerita sebegini akan bantu masyarakat untuk lebih peka dengan golongan sekeliling. Apatah lagi kalau ada ahli keluarga yang terlibat dalam masalah sebegini.

    Nice sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. filem macam ni memang menarik. buat kita peka

      Padam
  10. memang menarik nih.

    leh tengok ni nanti.

    BalasPadam
  11. cam menarik jer...suka tgk cite2 yg camni dari cite fantasi over2 tu.. at least cite cam ni bg kita sesuatu ilmu yg baru.. :)

    BalasPadam