10 September 2017

Beli Kerusi Eames di Lazada


Beli Kerusi Eames di Lazada. Let's face it, tidak semua mampu untuk memiliki perabot dari pereka antarabangsa. Jenama seperti Jacobsen, Corbusier, dan Stark (bukan Tony Stark) yang bunyinya sahaja bagaikan melodi indah. Kah!

Eames DSW Chair ni cukup popular. Anda yang gemar akan hiasan dalaman pasti cukup familiar dengan eames chair ni. Harga eames chair versi original bernilai lebih 350. Tu dalam mata wang Euro, cuba bayangkan dalam Ringgit Malaysia!



Berikutan harganya terlalu mahal apatah lagi jika ditukar ke matawang Ringgit Malaysia, maka banyaklah kilang cuba meniru perabot terkenal ini dan menjualnya menggunakan nama "replika original" dan menjualnya dengan harga rendah.

Baca: Raya Bedroom Makeover

Saya sendiri cukup-cukup minat dengan kerusi ni. Design minimalis tapi tetap mempunyai sentuhan modern. Malah, ia sesuai dipasangkan dengan meja makan atau ruang kerja. Comel! Maybe I have been watching Zoella's vlogs wayyy too much sehingga terpengaruh dengan hiasan dalaman dan lifestyle vlogger British itu.

Beli Kerusi Eames di Lazada

So I bought that chair. Tak susah pun nak cari kerusi eames di Malaysia versi replika, banyak je kat Lazada tu. Ada  macam-macam jenis, warna dan harga.



Bila saya tengok ada yang berharga bawah RM100 dan baca review dari pelanggan yang pernah membelinya, terus grab!

Saya pilih yang berharga RM89.90 (pada ketika itu) jauh lebih murah dari yang dijual oleh seller lain di Lazada. Bila lihat di bahagian review pelanggan yang pernah membeli kerusi ini, kesemuanya berpuas hati dengan produk dan servis yang diberikan.

Kerusi Eames Murah

I can't really compare this to the original Eames because I haven't seen it with my own eyes. Tapi kerusi yang saya beli ni nampak sebijik macam original. Kukuh, berkualiti dan cantik. Nak assemble pun senang, cuma pasang empat biji skru dengan pemutar yang disediakan.

Beli Kerusi Eames di Lazada
Kalau berminat nak beli, saya sediakan link kat bawah:

Kerusi Eames 
- Putih
- Hitam

Tak perlu ragu-ragu nak beli barang di Lazada, servis yang mereka berikan memang memuaskan sama ada dari segi kualiti atau penghantaran. Saya sendiri dah banyak kali beli barang dan setakat ni tak pernah ada masalah. Kalau tak pernah shopping di Lazada, saya dah tunjukkan tatacara di entri --> Cara Shopping di Lazada

Artikel sebelum ini - Fakta Menarik Filem IT 2017

Terima kasih kerana membaca Beli Kerusi Eames di Lazada

11 ulasan:

  1. menarik juga rekabentuk kerusi ni..

    BalasPadam
  2. wow...kerusi ini memang menarik la..terbaik tu

    BalasPadam
  3. Cantik Nik...masuk sangat bila dipadankan dgn bilik tidur tu.

    Tak pernah soping kat Lazada....waima soping online pun tak pernah hihi...mmg ketinggalan zaman sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena try shopping kat lazada ni.. harga sangat2 berbaloi

      Padam
  4. oo ni namanya kusi eames ya. tak faham hari tu baca

    BalasPadam
  5. Kalau kita tak cerita kat sape-sape, tak ada siapa yang tahu barang yang kita beli tu sebenarnya versi replika

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin jugak tak ada siapa nak percaya yang kita beli kerusi original

      Padam
  6. sangat unik kursinya nak cari juga semoga di lazada Indonesia ada

    BalasPadam
  7. rajin betul hang beli online eh sekarang.

    BalasPadam
  8. agak2 kerusi tu tahan maksimum berat berapa kg?

    BalasPadam