19 September 2017

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah. Kulit wajah yang bersih, mulus, dan berseri sememangnya menjadi idaman kerana berketerampilan menarik membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan.

Namun, jika mengalami kulit bermasalah seperti dipenuhi jerawat, ia sudah pasti menghakis keyakinan diri ketika berhadapan di khalayak. Anda juga boleh hilang fokus, kualiti kerja tidak memuaskan, dan mengalami tekanan. Ini sekaligus menjejaskan kehidupan seharian.

Walaupun jerawat yang tumbuh tidak begitu kritikal, ia tetap mempengaruhi hari anda.

Baca: Aiskrim Kegemaran Anthony Bourdain yang Pasti Anda Tidak Akan Percaya

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah jerawat. Banyak ubat-ubatan dan losyen dipasaran yang boleh merawatnya. Ada kaedah juga kaedah yang menggunakan bahan semula jadi yang memang ada di setiap isi rumah. 

Jadi dalam entri ini saya kongsikan 5 cara untuk menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat.

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah dan Cepat


1. Ais

Ais mampu mengurangkan kemerahan dan bengka jerawat. Selain itu ia dapat mengecilkan liang pori sekaligus mengeluarkan kotoran, dan minyak yang terkumpul. 

2. Ubat gigi

Okay, ramai lagi yang masih belum tahu yang ubat gigi boleh menghilangkan jerawat. Bahan yang terkandung dalam ubat gigi seperti baking soda, hydrogen peroxide dan triclosan, boleh mengeringkan jerawat. Tapi, guna yang berwarna PUTIH sahaja. Ini kerana ubat gigi jenis jel atau berwarna selain dari putih mengandungi bahan yang boleh menyebabkan iritasi.

Saya sendiri guna cara ni and trust me, it works like magic!!!

3. Lemon

Antara cara yang untuk menghilangkan jerawat adalah menggunakan bahan yang kaya dengan Vitamin C seperti lemon. Gunakan buah lemon yang segar dan bukannya air lemon dari botol yang mengadungi bahan pengawet.

- Perah jus lemon dan celupkan kapas bersih dan tekankan pada jerawat sebelum tidur.

4. Bawang putih

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Bawang putih bukan sahaja menambahkan menaikkan aroma makanan, tetapi membunuh vampire 😂, dan boleh merawat jerawat. Bawang putih mengandungi sulfur, antioksidan, dan antiseptik yang boleh merawat jerawat dengan cepat.

- Potong bawang putih dan sapukan pada jerawat selama 2 minit kemudian cuci dengan air suam.

Baca: Beli Kerusi Eames Lazada

5. Madu

Khasiat madu lebah untuk kesihatan sudah tidak boleh disangkal lagi. Ia disebut dalam Al-Quran dan terbukti secara saintifik. Sama seperti bawang putih, madu mengandungi antiseptik yang menhalang pertumbuhan bakteria. 

- Titiskan madu ke atas kapas bersih dan sapu pada jerawat.


6. Baking soda

Baking soda atau serbuk penaik terkenal dengan kebolehan 'membersih'. Oleh kerana ia semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia, baking soda adalah antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat.

- Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air dan lumurkan pada muka seperti memakai 'mask'.

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

7. Timun

Kandungan vitamin seperti Vitamin C, A, dan magnesium yang ada dalam timun sangat baik untuk kulit.

- Hiris timun segar dan tampalkan pada jerawat selama sekurang-kurangnya 20 minit, kemudian bilas.


Jangan picit jerawat!

Tumbuhnya jerawat pada wajah menimbulkan rasa kurang senang dan ini mendorong anda memicitnya. Henti picit jerawat kerana ia memberikan kesan negatif seperti luka, kudis, dan keradangan akan menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi jerawat timbuh dengan cepat dengan membersihkan muka setiap kali sebelum tidur. Makeup, debu, dan minyak boleh menambahkan risiko tumbuhnya jerawat.

Artikel sebelum ini - Webe Tukar kepada Unifi

Terima kasih kerana membaca Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

9 ulasan:

  1. Tangan ni gatal sangat picit jerawat. Tak boleh tengok nak picit aje.haha

    BalasPadam
  2. dulu2 suka picit jerawat. dah banyak tahun takde jerawat skrg ni

    BalasPadam
  3. saya suka guna yang aman saja madu, kalau yang lain nanti akan saya cuba juga terimakasih sharenya

    BalasPadam
  4. lelaki kalau pasal jerawat tak kisah sangat kan hehe

    BalasPadam
  5. Minum air lemon dan makan bawang putih memang cepat kecut jerawat

    BalasPadam
  6. good tips. pernah guna ubat gigi jgak & it works!

    BalasPadam
  7. Pernah guna jus lemon. Memang cepat jerawat kecut. Dan paling penting parut pun takde.

    BalasPadam
  8. Bagus tips ni.. sy ni yg dah bukan remaja pun kdg2 ada jerawat muncul lagi huhu. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  9. Cara semulajadi hilangkan jerawat memang sangat mudah diamalkan dan kosnya sudah tentulah rendah berbanding dengan produk kecantikan yang lain.

    BalasPadam